Monday, December 14, 2009

Trulli sertai Lotus F1

MADRID - Jarno Trulli akan menggalas cabaran pasukan Lotus dalam perlumbaan kereta Formula Satu (F1) musim depan.

Seorang jurucakap Trulli berkata, pemandu berusia 35 tahun itu telah bersetuju untuk menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan syarat dilepas- kan bercuti pada penghujung musim.

Jurucakap tersebut tidak mahu dikenali kerana keputusan mengenainya akan diumumkan hari ini.

Trulli juga dikatakan tidak membalas e-mel yang dihantar kepadanya untuk meminta komen mengenai perjanjian itu.

Bekas pemandu Jordan dan Renault itu telah beraksi dalam 216 perlumbaan F1 sejak kemunculannya dengan pasukan Minardi pada 1997.

Dia mencatat kejayaan sulung dalam kariernya pada Grand Prix Kanada 2004.

Lotus akan kembali ke F1 tahun depan selepas penampilan terakhir pada tahun 1994. Kali ini mereka akan membawa nama Malaysia.

Musim lalu, Trulli telah menaiki podium sebanyak tiga kali dan menamatkan saingan di tempat kelapan bagi kate- gori pemandu. - AP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...