Wednesday, July 28, 2010

Kucing Owh Kucing

Di dunia ini terdapat segelintir pihak penggemar kucing yang menghias kucingnya bukan dengan barang-barang perhiasan, tetapi dengan mengubah warna bulu kucingnya. Dikatakan kos penjagaan bulu kucing yang telah diwarnakan ini bernilai $60,000 setahun. Kerja-kerja ini perlu diulang setiap tiga bulan, dan kos untuk pengulangan proses mewarnakan bulu kucing ini adalah sekitar $15,000.

Apakah perasaan kucing ini apabila melihat wajahnya yang comel itu dicermin? Berikut adalah beberapa keping gambar kucing yang telah diwarnakan bulunya. Pemilik kucing-kucing ini tentulah orang yang memiliki banyak wang, atau mungkin seorang yang begitu taksub dengan kucing.

Pada pandangan anda, adakah kucing-kucing ini bernasib baik atau bernasib malang? Dapatkah pasangan hidup kucing-kucing ini mengenali kucing-kucing ini setelah warnanya dicat kembali?


The Painted Cat

Kucing di sebelah kiri ini diwarnakan seakan-akan rangka tengkorak manakala kucing yang disebelah kanan itu diwarnakan seperti seorang lelaki bertopi yang sedang berdiri atau berjalan. Foto-foto kucing yang diwarnakan ini tersebar menerusi e-mel sekitar tahun 2002.

Gambar Kucing Badut Hitam

Gambar Kucing Red Indian

Gambar Kucing Bulu Diwarnakan Seperti Corak Kain

Why Cats Paint - A Theory of Feline Aesthetics, sebuah buku yang ditulis oleh Burton Silver dan Heather Buschm pada tahun 1994 berjaya mengutip sejumlah $50 juta. Ramai orang menyangka bahawa kucing-kucing ini betul-betul diwarnakan. Sebenarnya, tidak ada seekor kucing pun yang betul-betul diwarnakan seperti gambar-gambar di atas. Gambar-gambar di atas adalah satu hasil eksperimentasi seni yang boleh dihasilkan dengan menggunakan perisian seperti Photoshop dan seangkatan dengannya. Oleh kerana perisian Photoshop amat mahal pada ketika itu, maka tidak ramai yang mengetahui hakikat sebenarnya.

Salah satu perkara yang perlu difikirkan, adakah bahan-bahan pewarna yang digunakan itu sesuai dan selamat untuk digunakan ke atas kucing.

Gambar ni aku terjumpa masa surfing-surfing pasal kucing, ada gaya Adolf Hitler x? haha


p/s : artikel diatas adalah di ambil dari belog ni http://dukeamienerev.blogspot.com, sebab aku rasa cam menarik jer.. credit kepada owner belog tersebut

2 comments:

Jun said...

aku suka yg badut tu. comey. nak satu jugak la..

jom weh kita cat kucing kt tekun nih.haha.

Ezal R said...

okeh2, no hal..
tp jgn guna cat rumah plak..
nanti abes mati keras.. xleh gerak..
haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...