Showing posts with label Libya. Show all posts
Showing posts with label Libya. Show all posts

Tuesday, March 01, 2011

Dunia Hukum Gaddafi. Macamana Dengan Israel?

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Rodham Clinton merayu masyarakat dunia supaya menghukum pemerintah Libya, Muammar Gaddafi dan rejimnya kerana kekejaman yang dilakukan oleh mereka.

Hillary berkata, antara tindakan yang tidak berperikemanusiaan yang dilakukan Gaddafi ialah membunuh askar-askar yang enggan menembak saudara sebangsa mereka.
Dia membuat rayuan tersebut ketika bercakap dalam sidang Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini semalam.
Tegasnya, Gaddafi perlu meletak jawatan serta-merta tanpa penangguhan atau keganasan lanjut.
Hillary menyatakan demikian selepas menggesa sekutu-sekutu AS di Eropah supaya melaksanakan sekatan keras terhadap pentadbiran Libya.
Gesaan beliau dipersetujui EU yang melaksanakan larangan perjalanan, sekatan senjata dan pembekuan aset ke atas Libya semalam.
Jerman bagaimanapun mengemukakan usul lebih serius dengan mencadangkan sekatan ekonomi 60 hari terhadap rejim Gaddafi.
Sekatan itu bertujuan menghalang Gaddafi daripada menggunakan hasil jualan minyak negara dan pendapatan lain untuk terus menindas rakyatnya. - Kosmo


p/s: AS minta dunia menghukum Gaddafi, tapi penah tak AS minta dunia hukum Israel? lebih banyak dan lebih lama kekejaman yang Israel lakukan tetapi AS selalu menyokong apa sahaja Israel lakukan.. Sangat tidak adil

Friday, February 25, 2011

Keluarga Muammar Gaddafi

Sejak dua menjak ini, berlaku perubahan politik yang sangat besar di benua Afrika dengan kebangkitan rakyat yang bangun menentang pengguasaan pemimpin yang telah terlalu lama memegang tampuk pemerintahan. 

Baru baru ini, satu dunia telah melihat kejatuhan regim Presiden Hosni Mubarak yang telah menjadi presiden lebih dari 30 tahun. Rakyat sudah terlalu bosan dan inginkan perubahan politik dalam negara. Mereka mengadakan demonstrasi berminggu-minggu dengan mendesak Presiden meletakkan jawatan dengan serta merta dan akhirnya, mereka berjaya.

Semoga keamanan kembali di bumi Mesir dan juga diharapkan juga, Negara Palestin akan lebih terbela dengan perubahan politik di Mesir dengan membuka semula tanpa menyekat apa-apa di  pintu sempadan ke Palestin.

Kini, selepas kebangkitan rakyat di Mesir, pemimpin di Yemen dan Libya pula berdepan dengan perkara yang sama. Tetapi mereka berkeras tidak mahu meninggalkan atau melepaskan kuasa dengan membenarkan tentera menyerang perusuh yang terus berdemostrasi untuk menuntut pelepasan kuasa oleh pemimpin terutama sekali di Libya. Difahamkan setakat ini, seramai 2000 orang telah menjadi mangsa tindakan tentera di Libya.

Sampai bila mereka akan terus dibunuh dan bilakah keamanan akan dicapai?  Diharapkan rakyat di negara-negara Islam ini kembali bersatu dan kembali membangunkan negara mereka.

Sebagai perkongsian, disini terdapat susur galur keluarga Gaddafi, Pemimpin Libya. Sumber dari Berita Harian.


p/s: Sila klik pada ambar untuk tumbesaran.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...