Monday, December 27, 2010

New Car From Proton

Salam...

Sudah lebih sebulan aku tidak update apa-apa disini. Seperti semua tahu, sebelum ini aku telah menyatakan aku akan berehat seketika dari dunia blog dan kini aku kembali. Tidak seperti entries sebelum ini, aku agak kekok untuk berblog semula, maklumlah, lebih sebulan aku berhenti berblog.

Kepada semua follower dan viewer yang singgah sebentar disini aku ucapkan terima kasih yang tak terhingga, tetapi sekarang aku akan kembali memeriahkan blog ini dengan entri-entri yang baru dan lebih segar. Insyaallah...Rajin-rajin lah singgah dan kalau boleh, tinggalkan komen sekali ok?...

Kembali kepada title entri kali ini, aku mendapat sedikit maklumat tentang Proton akan melancarkan beberapa model baru untuk keluaran kereta mereka. Walaubagaimana pun, kereta-kereta ini cuma kereta konsep tetapi seperti kata-kata dari abang aku yang juga penyokong kuat proton, tak mustahil Proton akan hasilkan kereta-kereta ini sebagai production car. Dia begitu optimis dengan semua design kereta konsep ini akan menemplak sesiapa yang selama ini sentiasa mengutuk dan memandang rendah kenderaan keluaran Proton (baca: ada sesetengah orang yang tetap menggunakan kereta proton walaupun mengutuk habis-habisan kereta Proton..LOL).

Bagi aku design kereta-kereta konsep ini memang tip-top even ada sesetengah design diambil dari design kereta Mitsubishi Lancer dan Lotus Elise. Apa-apa pun aku harap Proton terus menghasilkan kereta-kereta yang berkualiti dan bermutu tinggi.

Kat bawah ni terdapat gambar-gambar kereta konsep tersebut.

Proton Tuah





Proton Kasturi a.k.a Proton Saga FL
( sudah berada di pasaran)



Proton Lekiu


Proton Inspira
( sudah berada di pasaran)


Proton Lekir



p/s : Proton Persona R juga akan dilancarkan pada tahun 2012 nanti, sama-sama kita nantikan design kereta persona baru.

Sharing is caring

PIKOM Universiti PC Fair 2010




Click at the picture for a larger view

PIKOM is collaborating with the School of Computer Sciences, Universiti Sains Malaysia (USM) to jointly organised the USM-PIKOM Universiti PC Fair 2010, in- conjunction with Computer Science Community Awareness and Education Week (CS-CARE 2010).

So,let us go and enjoy this PC fair on 30 December 2010 until 1 January 2011.

Here is the layout plan for this coming great event.




For more info, you guys can check it out here. USM-PIKOM UNIVERSITY PC FAIR 2010.

What a great collaborating.

Sharing is caring.

p/s : This is a re-post entry...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...