Thursday, January 06, 2011

Akibat Mudah Mendapatkan Senjata

OMAHA, Nebraska: Anak seorang detektif melepaskan tembakan di sekolah menengahnya di Nebraska, mencederakan pengetua dan pembantu pengetua serta mencetuskan panik di kalangan pelajar yang terpaksa bersembunyi di dapur kafeteria. 

Pelajar bersenjata terbabit yang menghadiri sekolah berkenaan kurang dua bulan, meninggalkan tempat kejadian dan membunuh diri dengan menembak diri dalam keretanya kira-kira satu kilometer dari sekolah berkenaan.
Pihak berkuasa enggan membuat spekulasi mengapa suspek berusia 17 tahun itu yang dikenali sebagai Robert Butler Jr. mensasarkan pihak pentadbir.
Butler berpindah pada November lalu dari sekolah menengah di Lincoln, kira-kira 80 kilometer dari Omaha. 

Jessica Liberator, pelajar Millard South High School, berkata beliau berada di kafeteria apabila pesorang lagi pentadbir "berlari masuk dan memberitahu semua orang supaya pergi ke belakang dapur." 

Katanya, beliau mula menangis apabila pelajar mendengar ketukan di pintu dapur dan pekerja kafeteria menjerit mengarah semua orang meniarap. Namun, tiada siapa yang masuk. - Berita Harian


p/s: AS merupakan salah satu negara yang agak berbahaya kerana mudahnya mendapatkan senjata api dan ia boleh disalahgunakan oleh sesetengah pihak. Budak-budak yang mudah untuk tidak berfikir panjang akan cenderung melakukan jenayah macam ni. Setiap tahun, mesti ada kes macam ni.

Entri Pertama 2011

Salam dan Selamat Tahun Baru kepada semua, seperti korang tengok title entri ini adalah " Entri Pertama 2011".
Ya!! ini adalah entri pertama aku untuk tahun baru ini 2011. Hampir lewat seminggu dan aku nak mintak maaf kepada semua kerana seminggu yang lepas aku tidak berpeluang untuk mengupdate entri baru cuma aku sempat untuk mengucapkan selamat datang kepada tahun 2011 di penghujung tahun 2010.

Seminggu yang lepas aku agak sibuk sehinggakan laptop aku ni pun aku hampir tak buka selama seminggu. Aku agak sibuk dengan menikmati kehidupan sebagai insan biasa (baca: sekali sekala perlu juga keluar lepak-lepak, tengok movie, senang kata, enjoying my life, tak ada la terperuk dan asek mengadap laptop 24 jam sehari).
Sekali lagi aku nk mintak maaf kepada para viewer n follower yang menunggu aku mengupdate entri terbaru. Insyaallah, esok, aku akan kembali update entri terbaru. Teruskan sokongan korang kat aku.. okeh?? Thanks ( komen banyak-banyak..)haha

Jaana ( bye)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...