Showing posts with label Diet. Show all posts
Showing posts with label Diet. Show all posts

Thursday, February 24, 2011

Coca-Cola Original Recipe

Terdapat sebuah laman web yang mendakwa telah menemui resepi rahsia minuman paling popular di dunia iaitu Coca-Cola. Mereka mendakwa telah menemui satu senarai dalam bentuk foto di dalam satu artikel surat khabar menunjukkan bahan dan jumlah yang tepat untuk membuat minuman coca-cola.


Difahamkan, resepi tersebut telah ditemuai oleh John Pemberton, seorang ahli farmasi ubat pada tahun 1886, dan terus manjadi misteri.

Pada 8 Februari 1979, Atlanta Journal-Constitution mempunyai sebuah gambar dengan seseorang sedang memegang sebuah buku beserta resepi yang didakwa sebagai salinan resepi yang tepat daripada Pemberton. Ia melaporkan bahawa resepi ini mempunyai kandungan yang tepat dari pelbagai bahan yang berbeza yang diperlukan untuk membuat minuman Coca-Cola, dinamakan Merchandise 7X.


Dari kajian yang telah dilakukan, walaupun hanya 1% dari jumlah keseluruhan formula minuman itu digunakan, ia dikatakan memberi rasa yang unik pada minuman yang tersebut.



Resepi Rahsia Merchandise 7X
 
Fluid extract of Coca 3 drams USP
Citric acid 3 oz
Caffeine 1oz
Sugar 30 (it is unclear from the markings what quantity is required)
Water 2.5 gal
Lime juice 2 pints 1 qrt
Vanilla 1oz
Caramel 1.5oz or more to colour
7X flavour (use 2oz of flavour to 5 gals syrup):
Alcohol 8oz
Orange oil 20 drops
Lemon oil 30 drops
Nutmeg oil 10 drops
Coriander 5 drops
Neroli 10 drops
Cinnamon 10 drops 



For more info, visit this website.

ThisAmericanLife


More Pictures







Sharing is Caring


Monday, February 14, 2011

Diet Cara Vietnam Dan China

Di fahamkan kadar obesiti di Vietnam adalah sangat rendah dan rata-rata penduduk di kedua-dua negara ini mempunyai berat badan yang ideal iaitu tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus.

Apakah rahsia mereka sehingga dapat membolehkan sistem hormon metabolik di dalam dalam tubuh mereka berfungsi dengan begitu baik sekali. 



Sarapan pagi masyarakat Vietnam adalah semangkuk ulam (lebih kurang segenggam) dan sup bihun. Cuma sedikit bihun dimasukkan dan ditambah cendawan serta sayur-sayur yang direbus sekejap. Sup sayuran itu dibuat tanpa menggunakan minyak. Masyarakat Vietnam yang beragama Islam memelihara sendiri ayam dan ternakan lain dan memastikan haiwan itu turut memakan sayur-sayuran serta rumput yang segar.

Selain sup, popia berintikan sayur-sayuran turut dihidangkan semasa sarapan. Sayur-sayuran itu dimakan mentah. Hidangan tengah hari juga merupakan sesuatu yang unik bagi kami. Menu di semua restorannya menawarkan sayur-sayuran jauh lebih banyak berbanding ikan, ayam dan daging. Kami menjeling beberapa wanita Vietnam yang sedang menikmati makanan tengah hari. Mereka makan tiga jenis sayuran dan satu jenis lauk sahaja iaitu ikan goreng. Nasi pula hanya setengah genggam.

Di Vietnam kami tidak berjumpa keropok atau makanan segera yang berperisa. Di mana-mana rakyat mereka mengunyah buah-buahan segar atau jeruk buah-buahan. Mereka turut memakan umbut dan kacang namun kami tidak berjumpa kentang dan juga ubi keledek.

Kesimpulannya, mereka tidak mengamalkan karbohidrat yang banyak. Mereka juga tahu bahawa makanan yang perlu dimasak sampai empuk mempunyai sejenis toksin yang merosakkan tubuh badan.

Di dalam diet kita sehari harian, karbohidrat merupakan komponen terbesar. Di sebelah pagi kita dihidangkan dengan nasi lemak, nasi goreng, nasi dagang dan pelbagai jenis nasi, mi serta roti. Makanan berasaskan gandum mengandungi karbohidrat hampir seratus peratus.

Karbohidrat merupakan salah satu gizi makanan yang mustahak untuk menghasilkan tenaga di dalam tubuh kita. Dalam kesihatan moden, karbohidrat boleh dikategorikan sebagai karbohidrat baik dan karbohidrat tidak baik.
Secara asasnya, semua karbohidrat merupakan bahan berstruktur gula. Jenis karbohidrat dikelaskan mengikut bilangan gula di dalamnya iaitu:

  • Monosakarida: 1 unit gula seperti glukosa dan fruktosa

  • Dissakarida: 2 unit gula seperti sukrosa dan laktosa

  • Oligosakarida dan polisakarida: Banyak unit gula seperti glikogen, kanji dan sellulosa

  • Secara umumnya, jenis jenis makanan yang mengandungi karbohidrat sihat adalah buah-buahan, kekacang, sayur sayuran.



    Buah-buahan

    Walaupun buah-buahan merupakan sumber karbohidrat yang sihat, namun begitu tidak semua buah-buahan adalah sama. Buah buahan yang mengandungi kandungan gula yang rendah seperti nangka atau lemon adalah lebih baik berbanding buah yang mengandungi gula yang tinggi seperti mangga dan pisang.

    Buah buahan yang mengandungi gula yang tinggi menyebabkan paras gula meningkat dengan cepat di dalam darah apabila dimakan. Keadaan ini akan merencat penghasilan hormon yang perlu untuk anti-penuaan dan kesihatan seperti kortisol , growth hormone, testosterone, estradiol, DHEA dan androstenedione.

    Peningkatan gula yang tinggi akan merangsang penghasilan hormon insulin di mana insulin akan menukar gula kepada lemak di dalam badan.

    Lemak yang dikandung badan akan digunakan semula sebagai tenaga. Proses penukaran lemak kepada tenaga berlaku di mitokondria iaitu kilang tenaga dalam badan. Bagi membolehkan proses ini berlaku, kita memerlukan sistem hormon yang baik. Hormon metabolik perlu berinteraksi dengan enzim bagi membolehkan protein menjana tenaga daripada lemak.

    Hormon adalah molekul aktif terbina daripada protein yang dikeluarkan oleh kilang-kilang hormon di seluruh tubuh kita. Otak kita mengeluarkan banyak jenis hormon yang mengawal metabolisme, pembesaran, daya ingatan dan jantung. Malah tidur juga dipengaruhi oleh hormon. Ini bermakna gejala insomnia juga disebabkan hormon yang tidak cukup.
    Masalah hormon tidak cukup menjadi persoalan yang amat menarik. Besar kemungkinan faktor makanan kita yang sering ditambah agen pengawet menyebabkan kerosakan pada sistem hormon kita.

    Kadar peningkatan gejala diabetes dan jantung membuktikan kepada kita bahawa kerosakan hormon merupakan fenomena moden yang perlu ditangani segera. Begitu juga peningkatan kadar obesiti yang merupakan masalah seluruh dunia. Mereka yang obes bukanlah seratus peratus disebabkan makan banyak. Masalah ini berpunca daripada kerosakan hormon dan menjadi kitaran obesiti yang menakutkan. Kita harus mengkaji amalan pemakanan di negara yang belum tercemar dengan budaya pemakanan dari barat. Kita harus mencontohi cara pemakanan yang sebegitu.
    Toksin di dalam karbohidrat merosakkan kesihatan kita sekali gus menjadikan kita lemah, lesu, cepat tua dan diserang pelbagai penyakit.

    Makanan yang terbaik adalah makanan yang tidak perlu dimasak lama. Tiada toksin di dalamnya yang perlu dibuang melalui pemanasan. Seandainya makanan itu perlu dimasak lama sebelum boleh dimakan itu bermakna makanan tersebut mempunyai toksin yang banyak. Kalau dimakan mentah akan memudarat dan mendatangkan penyakit. 


    sumber Utusan

    Sharing is Caring

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...