Tuesday, May 31, 2011

"Bir Halal" Haram


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada pengeluar produk minuman 'bir halal' di negara ini.
Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, Jakim juga tidak mengiktiraf sijil halal daripada syarikat produk minuman yang diimport dari negara Timur Tengah itu.
"Ini kerana produk minuman berkenaan tidak menepati piawaian dan prosedur makanan halal mengikut Standard Halal Malaysia MS 1500:2009," jelasnya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Beliau mengulas laporan akhbar mengenai penjualan produk minuman jenis bir yang kononnya halal dan banyak dijual di restoran tumpuan umat Islam termasuk yang menghidangkan sajian nasi Arab.
Berdasarkan kajian, ada produk yang diimport dari negara Arab itu didakwa mempunyai kandungan alkohol 0.05 peratus dan adalah haram diminum oleh pengguna Islam kerana melepasi had 0.01 peratus yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.


p/s: nasib baik tak pernah try minum lagi.. huhu macam-macam sekarang ni..

Apabila Nenek Seorang Ahli Bina Badan

Walaupun sudah berusia 74 tahun dan bergelar nenek, kekuatan dan stamina Ernestine Shepherd sukar ditandingi oleh wanita muda.

Malah, warga emas itu diiktiraf Guinness Book of Recordssebagai ahli bina badan wanita kompetitif paling tua di dunia.
"Usia hanyalah angka semata-mata," kata Ernestine yang mempunyai perut langsing dan berotot.
Suaminya yang berusia 54 tahun, Collin Shepherd berkata, sejak 18 tahun lalu, isterinya telah menyertai 18 acara marathon dan memenangi dua pertandingan bina badan.
Pasangan tersebut menetap di Baltimore, Amerika Syarikat (AS) bersama anak lelaki dan seorang cucu yang berusia 14 tahun.
Mengenai rutin hariannya, Ernestine bangun seawal pukul 3 pagi untuk bermeditasi sebelum berjoging sejauh 16 kilometer di sebuah taman.
Dia cuma makan nasi perang, dada ayam dan sayuran bersama segelas putih telur tiga kali sehari untuk kekal bertenaga dan langsing. - Kosmo


Thursday, May 05, 2011

Warkah Khas Buat Anonymous

Dah agak lama aku tak update blog ni, sibuk sikit sekarang ni..tapi aku kali ni aku kembali nak update pasal ANONYMOUS.... Siapa tahu anonymous tu siapa?

Actually dah lama aku nk update post entri pasal Anonymous ni... sebelum ni blog aku xde la sesape yang tinggal komen ntah apa-apa (baca :  bagi aku mengarut sgt) guna nama Anon ni. Aku cuma pernah baca tentang blogger-blogger lain yang kena komen, siap kena kutuk dengan manusia yang menyamar sebagai Anon ni. Bagi aku lah kan, kalau anon-anon ni rasa dorang hebat sangat sampai kutuk pemilik blog, kenapa lah anon tu sendiri tak bukak blog sendiri then buat entri sendiri, tak perlu lah nak kutuk segala bagai blog orang lain dengan guna macam-macam bahasa. Bukak blog sendiri ar!!

Tapi kalau niat tu nk menegur ataupun beri nasihat, berpada-pada lah, ayat dan cara nak tegur tu kena betol la.. jangan sampai negative sangat sampai boleh bunuh semangat blogger tu sendiri. Tegur lah cara positif dan kalau tak suka baca blog tu, senang jer, halakan cursor ke tanda X, pastu click, TUTUP page blog tu. senangkn? tak payah nk komen dan kutuk segala bagai...huh...

Itu sume kes-kes orang lain, tapi, untuk kes aku ni, pelik bin ajaib sket, bukan kes kutuk pasal blog or entri aku, tapi aku rasa pasal jeles atau pn dalam bahasa onmputihnya cemburu. Okeh, kes die macam ni, bebaru ni.. dalam 2 3 minggu lepas kot (baru la jugak kn?), ada la sorang mamat ni(baca: aku rasa lelaki dari jejak yg dia ni tinggal) tinggalkan komen kt blog aku. Macam biasalah, aku tak perlu approve apa-apa komen pn untuk sesiapa pn yang tinggalkan komen.

Then mamat anon ni tiba-tiba komen kt satu entri aku di sini . antara komen mamat anon tu macam ni, " nk x gambar bogel _ _ _ _ _?" ( _ _ _ _ = nama seorang blogger), aku mula-mula buat tak kesah dan buat tak tahu jer, then lepas beberapa entri, mamat anon ni datang lagi. Komen mamat anon kali ni lagi panjang, siap kate die ada video lucah ngn blogger tu, blogger tu penah ada anak lua nikah ngn dia la, ape le..ape kes mamat ni tiba-tiba macam ni? benda ni boleh dikira fitnah kalau mamat anon ni sengaja buat cerita...

Tapi, aku perasan something, mamat anon ni akan tinggal komen macam ni kalau ada seorang blogger tu tinggalkan komen kt blog aku. Aku rasa ni mesti kes jeles tak tentu pasal ni. Meh aku nk ckap ngn ko sket mamat anon.

Kalau yer pn ko jeles, agak-agak la sket, ni dunia blogger, dunia tanpa sempadan, sesape jer boleh jadi blogger tapi semua blogger tak semestinya kenal antara satu sama lain, kami bertegur dan tinggalkan jejak atau komen pn atas dasar sesama blogger. Dats it! Come on lah!! pikir pakai otak sket bley? kalau ko tak suka blogger yang ko minat tu komen kt blog aku, terus terang kt die, tak perlu ko nk buat cerita, tabur fitnah macam-macam pasl blogger tu semata-mata sebab jeles ko. Aku tak ada kena mengena pn sebab aku kenal pn tidak. Tak pasal-pasal ko dapat dosa free. Terus terang jer kt die ko tak suka die komen blog orang. Senang cite. itu pun kalau die nak ikut ckp ko lah.. blogger is a blogger. ko kene paham seorang blogger ni macam mana, kenapa tinggalkan jejak kat blog lain, kenapa update entri, kenapa buat itu, buat ini semua...

So, kepada mamat anon tu.. agak-agak lah nk jeles pn k? jgn nanti dapat dosa free jer. pikir pakai kepala otak, jangan pikir pakai kepala lutut...LOL

TQ.

--------n--------

p/s: segala komen-komen mamat anon tu aku dah delete. ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...