Tuesday, November 23, 2010

Hikmah Disebalik Setiap Kejadian


Sudah agak lama aku tak update blog, hari ini terasa macam nak update blog tapi, entah lah, aku pun tak pasti nak update tentang apa. Dalam masa seminggu yang lepas, terlalu banyak perkara yang berlaku. Ada perkara yang baik dan ada juga perkara yang buruk.

Untuk perkara yang baik, aku bersyukur sangat-sangat, aku gembira dan bahagia. Dan untuk perkara buruk yang menimpa aku serta family, aku redha dengan apa yang telah berlaku. Aku juga berharap agar akan ada hikmah disebalik perkara buruk ini.

Aku sebenarnya masih tidak mempunyai mood yang sesuai untuk terus berblogging. Kadang kala aku terlalu banyak berfikir dan kalau diikutkan, memang banyak yang aku nak kongsikan disini, tapi bagi aku, bila sudah sampai masanya, aku pasti aku akan kongsikan juga.

Aku sekarang tidak berapa sihat, mugkin kerana kepenatan, atau belum hilang penat. Insyaallah, apabila aku dah sihat nanti, aku akan kembali rajin mengupdate blog ini.

Kepada semua readers blog ini aku ucapkan terima kasih kerana sudi singgah dan teruskan menyokong blog ini. Korang juga boleh tinggalkan komen dan feel free to follow my blog, insyaallah, i'll follow u guys back.. tinggalkan link korang sama ok?

Terima Kasih.. :D

Friday, November 19, 2010

10 Orang Yang Tidak Diterima Solatnya Oleh Allah SWT


Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya”.

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: “10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2, Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5, Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah / menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah s.w.t dan jauh dari Allah s.w.t.”


Sharing is caring.

Thursday, November 18, 2010

Gelang Perubatan Hukumnya Haram


Oleh Ustaz Zainuddin Hashim

Kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir.

Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.

Hakikatnya banyak cara lain yang boleh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t., apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka. 

Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.

"Apakah bendanya ini"? Lelaki itu berkata, "Ia adalah gelang perubatan". Rasullulalah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun utk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya. " Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.

Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2, pegawai2 kerajaan, menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun...sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.

Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah. Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.

Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:

1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)

Jenis2 gelang yang diharuskan:

1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini. 

Wallalhua'lam.

Hadis sahih yang ditulis di atas seolah-olah menunjukkan bahawa gelang perubatan ini telah wujud di zaman Rasulullah SAW. Atau adakah sebenarnya "gelang perubatan" ini sebenarnya bermaksud "tangkal" untuk perubatan??

Sebarkan kepada kawan-kawan anda yang beragama Islam. 

kredit kepada blog ini

Sharing is caring
 

Tuesday, November 16, 2010

10 Male Beauty Tips

Male grooming these days is on a par with the female grooming routine. Men these days are taking a lot more pride in their appearance and want to look great when going out into the public eye. There are many new products on the market these days aimed at male grooming and personal appearance and it is a thriving marketplace.

From well manicured nails to male lipsticks and eyeshadows the modern man has a host of products to choose from to help him achieve the perfect look and as well as products, like women, men can also use cosmetic surgery to enhance their features remove unwanted fat and even have breast reduction surgery if they have man boobs. For men who worry about the size of their manhood there is a surgery available for that too.

Look Good Feel Good
Taking that little bit of pride in your appearance not only helps you to look better, it gives your ego a little boost which gives you more confidence in yourself making it easier for you to socialise. You don't have to spend a fortune to look your best though there a many ways to improve your appearance without breaking the bank and some ways that won't cost a single cent.


10 Male Beauty Tips

Shaving
These days is optional, a lot of ladies love men who have a five oclock shadow, but if your facial hair is unkempt you would be better to take the razor to it and be clean shaven for your night out.

Nails
Manicured nails look great on anyone, but you don't have to break the bank to get yourself a good manicure, your mother and your sister, if you have one, have been doing their own nails for years and I am sure that they will gladly help you and offer you advice on nail care, ALL YOU HAVE TO DO IS ASK.
To enhance your well manicured nails a spot of clear nail polish or varnish will help them to stand out.

SKIN
Anti-aging creams work just as well on men as they do on women but they can leave your face with an unmasculine shine if you use these creams you should also purchase a couple of cosmetics to take the shine from your face a concealer and or a light foundation powder or cream.

Skin Cleansing
Cleaning your face with an apricot scrub gets rid of dead skin particles and leaves your facial skin feeling smoother and looking great it can also help prevent black heads and white heads.

Cosmetics
Choose any cosmetics carefully, although in reality there is no reason for a man to wear lipsticks, eye shadow, blushers or any of the many different cosmetics available, they can be used to enhance your best facial features, the best way to go about applying cosmetics is to seek out an expert who will show you how. If applied correctly Cosmetics can enhance your appearance but applied incorrectly they can leave you with an efeminate appearance which sends out the wrong signals.

Teeth Whitening
No matter how often you clean your teeth the can become stained from drinking tea, coffee, smoking and from eating different foods there are many different ways to whiten your teeth but the cheapest option is to use a whitening toothpaste although this might take a little longer than other methods to work they will give you a brighter smile in two to three weeks.

Fresh Breath
Having whiter teeth doesn't always mean that you have fresh breath, and although regular brushing does help investing in a good mouth wash is essential, mouthwash gets to parts of the mouth that brushing can't reach leaving your breath fresher and your mouth cleaner.

Hair Care
Regardless of your hair type, it is important to use a shampoo that is gentle on your hair. Ingredients such as vitamin E are great for naturally strengthening and conditioning the hair follicles. Don't be fooled by super fragrant shampoos, either. Be sure to read the labels, as these types of products can contain artificial ingredients that don't do much for your hair.
Hot oil treatments also leave your hair with a great natural looking shine.


Pubic Hair
To shave or not to shave is a matter of personal taste, if it feels right then go ahead an do it but if it doesn't then don't, You can manage hair growth on body parts by trimming the hair now and again with scissors taking care not to endanger your chances of having children in the future.


Clothing
No matter if you are going out to a formal or casual event ensure that your clothes are well laundered, cleanliness is next to godliness afterall, after you have worked on all of the other care tips above, you could spoil it all by having poorly washed or pressed clothes, shoes should be well cared for and well polished.

Have Fun!
You look good you feel good and you are oozing confidence all that is left is to enjoy your night on the town


Ada Apa Dengan Bibir Wanita?

Sebelum korang baca artikel dibawah ni, aku nak terangkan disini, ini hanyalah hasil dari beberapa kajian oleh pakar-pakar dan perlu diingat, kajian ini tidak semestinya tepat kerana peribadi seseorang itu adalah berlainan dan mempunyai keunikan yang tersendiri. 
Jadi kepada lelaki janganlah jadikan entri ini sebagai panduan 100% untuk mencari pasangan. =D 


Rahsia Bentuk Bibir:
1.Bibir segar dan kemerahan 
Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semula jadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semula jadinya sebagai wanita. Dia manja dan suka dimanjakan serta mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa jika mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya

2.Bibir tipis
Tipis bukan bererti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan daripada pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalankan kehidupannya. 

3.Bibir munggil 
Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan. Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya. Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab, namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya. 

4.Bibir tebal 
Wanita berbibir tebal dikatakan mempunyai nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan di khalayak ramai. Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang, kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya. Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. 

5.Bibir sentiasa terbuka 
Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri. 


p/s: Bentuk bibir ini hanya untuk wanita sahaja, lelaki tidak termasuk.. so, kalau bibir korang(baca : Lelaki) munggil ke, tebal ke, segar ke, tak ada kaitan yer..=D

Monday, November 15, 2010

Apakah Maksud Disebalik Jerawat

Jerawat di dahi
Jika muka anda dipenuhi oleh jerawat di dahi, ini menunjukkan anda sedang dalam keadaan tertekan. Asyik nak marah sahaja. Jadi, apa yang perlu anda lakukan ialah tidur awal, bangun awal. Jadikan rutin harian dan juga minumlah air dalam kadar yang banyak.

Jerawat di hidung

Jika anda mempunyai jerawat di bahagian ini ia bermaksud perut atau sistem pencernaan anda menghadapi masalah. Elakkan memakan makanan sejuk kerana ia bakal menyebabkan pengeluaran asid gastrik yang boleh mendatangkan keburukan kepada perut anda.

Jerawat pada pipi kanan
Ini berkemungkinan berkait rapat dengan paru-paru anda. Sila jaga paru-paru anda, contohnya jangan  atau kurangkan memakan mangga, taro atau seafood. Seafood dikatakan akan dengan senang menyebabkan anda mendapat alahan.

Jerawat pada pipi kiri
Ini pula berkaitan dengan hati anda atau mungkin darah anda mempunyai kadar toksin yang tinggi. Orang hati bermasalah ini dikatakan perlu memperbaiki mood. Jadi jagalah mood anda kepada yang baik-baik sahaja.

Jerawat di sekitar bibir

Ini menunjukkan kesukaran anda berkumuh, selain itu mungkin disebabkan ubat gigi anda. Untuk memperbaiki keadaan kulit ini, makanlah buah dan makanan yang berserat tinggi, kawal rutin makanan anda dan sentiasa membasuh mulut dengan bersih.

Jerawat di dagu

Ini menunjukkan period anda sudah makin hampir. Dalam beberapa hari lagi, pasti anda akan mengalami menstruasi. Apa yang anda perlu buat, gunalah rejim penjagaan kulit yang anti kerengsaan. 

Sharing is caring

Salam Aidiladha


 Salam kepada semua,

Dalam masa 2 hari lagi.. kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha @ Hari Raya Korban...  

Oleh itu aku, Ezal R, pemilik blog ini ingin mengambil peluang ini nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam diseluruh Malaysia dan juga kepada umat Islam diseluruh dunia (macam la blog aku ni semua orang kenal..haha)  dan juga kepada seluruh warga Malaysia.. 

Tidak lupa juga kepada semua blogger, sama ada yang kental ataupun tidak....(baca : aku buat ucapan awal ni sebab esok petang aku dah nak balik kampung, senangnya susah sikit nak online....)

Disini aku mengajak diri aku sendiri serta semua sama-sama kita menyambutnya dengan memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.s dan anakandanya Nabi IsmaiL A.s

Semoga kita memperoleh keberkatan dari Yang Maha Esa, Allah SWT..
~Maaf zahir dan Batin ~
 p/s: Jitra dah tak banjir kn?

Mohon Maaf

Dalam 2 3 hari ini agak sibuk dengan project system yang aku and group kena present kepada menager esok, so hasilnya aku kurang mengupdate blog. Biasalah, aku kekurangan masa untuk mengupdate kerana mengejar masa untuk siapkan phase II untuk project system group aku.

Jadi kalau korang perasan,aku kurang yang teramat sangat mengupdate, even kalau aku dapat update pun, aku hanya updatekan beberapa keratan berita yang aku rasa menarik untuk aku kongsikan disini. Aku juga sedar yang viewer aku dah kurang dengan mendadak sekali. sigh!! tapi aku memang tak dapat buat apa-apa pun. Project system punya pasal..

Sebelum aku bertungkus lumus dengan project ni aku juga kurang mengupdate blog kalau korang perasan, tapi aku dah ceritakan kat sini pasal kenapa aku kurang update. Sila klik di sini --> Perjuangan Belum Berakhir.(memang belum selesai, still ada 1 paper)

So aku dengan ini memohon maaf kepada korang yang sudi berkunjung ke blog aku ini dalam masa beberapa hari kebelakangan ini kerana aku kekurangan masa mengupdate blog.

p/s: aku baru abes siapkan part aku untuk project system.. dah nk dekat pkul 3 pagi, aku mengantuk letih..

Sunday, November 14, 2010

Kereta Sport Elektrik ( Lebih laju daipada Ferarri)

JUTAWAN Dale Vince bergaya di sisi kereta elektriknya yang berharga £1 juta.


LONDON - Seorang jutawan di Britain, Dale Vince, 48, membelanjakan hampir £1 juta (RM5 juta) untuk membina kereta sport berkuasa elektrik pertama di Britain, lapor sebuah akbar semalam.
Dinamakan Nemesis, kereta elektrik tersebut yang memiliki 330 kuasa kuda (bhp), mampu memecut 0-160 kilometer sejam (km/h) dalam masa cuma 8.5 saat iaitu lebih laju daripada sebuah Ferrari.
Vince yang merupakan pengasas sebuah syarikat pembekal tenaga berasaskan kincir angin di Britain, mengupah sepasukan jurutera untuk membina kereta sport itu berdasarkan platform kereta Lotus.
Ia mampu bergerak sejauh 2,500 kilometer sebelum dicas selama dua jam dengan menggunakan soket pengecas segera atau 8 hingga 9 jam jika dicas di rumah. - Kosmo

Malaysia No 1.

Malaysia mengekalkan prestasi di tempat pertama tiga tahun berturut-turut dari segi penyediaan kredit kepada perusahaan kecil dan sederhana (SME) dalam laporan Bank Dunia mengenai daya saing negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan penarafan terbaru Bank Dunia itu berkata, ia menunjukkan Malaysia telah memperuntukkan dana yang banyak untuk SME.

Menurutnya, Malaysia serius membangunkan sektor itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mempengerusikan jawatankuasa kebangsaan SME selain penubuhan SME Corp dan SME Bank.

"Walaupun di Malaysia ada yang tidak puas hati (pembiayaan), tapi kalau dilihat negara lain tidak setanding Malaysia, Ini satu pencapaian yang begitu baik," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri hari pertama Sidang Kemuncak Kerjasama Asia Pasifik (APEC) di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, salah satu sebab mengapa Malaysia cepat pulih daripada krisis kewangan global ialah sekongan kerajaan kepada industri kecil dan sederhana yang turut mendapat bantuan pembiayaan daripada bank.

Katanya, beliau turut membangkitkan usaha meningkatkan SME dan keusahawanan itu semasa sesi retreat bersama pemimpin APEC hari ini yang membincangkan topik Strategi Pertumbuhan APEC dan keselamatan manusia.

Dalam sesi itu, jelasnya, beliau juga menyentuh usaha memerangi keganasan dan idea Perdana Menteri mengenai Gerakan Kesederhanaan Global.

Timbalan Perdana Menteri menambah, peranan SME dalam ekonomi Malaysia turut disentuh semasa perbincangan ketua delegasi dari Malaysia, Chile, New Zealand dan Rusia pada sesi dialog dengan Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC).

Muhyiddin berkata, beliau yang ditanya mengenai peranan SME dalam sesi itu yang disifatkannya sebagai santai dan bermakna, menyarankan agar sektor tersebut dapat diperluaskan ke semua negara anggota. "Respons daripada rakan-rakan negara APEC juga mahu sektor ini dikembangkan," jelasnya.

Mengulas pertemuan bilateral dengan Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper pada sebelah pagi, Muhyiddin berkata, kedua-dua pihak bersetuju hubungan perdagangan, pendidikan, pelancongan dan usaha memerangi pemerdagangan manusia ditingkatkan.

Katanya, isu-isu berkepentingan bersama itu akan dibincangkan di peringkat pegawai kedua-dua buah negara. - Mingguan


p/s: syabas malaysia!

Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia

Seramai 22 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di tanah suci manakala 85 masih dirawat di hospital menjelang jemaah haji dari seluruh dunia mula bergerak ke Arafah hari ini untuk berwukuf di Arafah esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika mengumumkan perkara itu bagaimanapun tidak memberikan pecahan jemaah lelaki dan wanita yang meninggal dunia.

Bagaimanapun, katanya, Lembaga Tabung Haji (TH) sudah memaklumkan kematian mereka kepada keluarga masing-masing sambil menambah bahawa mereka sakit sebelum meninggal dunia.

Bercakap kepada pasukan media TH yang membuat liputan Musim Haji 1431 Hijrah selepas meninjau operasi TH Mekah di Hotel Al-Janadriyyah petang semalam, Jamil Khir berkata TH akan membayar dam haji sebagai penghormatan kepada jemaah yang meninggal dunia bagi menyempurnakan haji mereka.

Dalam tinjauan itu, beliau disertai Pengerusi TH, Tan Sri Abi Musa Asa''ari Mohamed Nor serta Pengarah Urusan kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Ismee Ismail. Taklimat disampaikan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Salleh Abdul Mubin mengenai persiapan agensi itu menghadapi wukuf.

Jamil Khir berkata empat jemaah yang meninggal dunia berumur 80 tahun ke atas; 70-79 tahun (lapan orang); 60-69 tahun (empat orang); dan 50-59 tahun (enam orang).

"Lapan puluh lima jemaah yang sakit tidak akan dihalang dari mengerjakan rukun haji. Mereka akan dibawa terus dengan ambulans ke Arafah dan dibantu urusan melontar jamrah serta tawaf haji dan saie haji," katanya. Jamil Khir berkata 71 orang dirawat di dua hospital Malaysia dan 14 lagi di hospital Arab Saudi di Madinah dan Makkah.

Mereka yang dirawat terdiri daripada 46 lelaki dan 39 perempuan. Kebanyakan mengalami penyakit kulit dan sendi dan batuk.

Katanya, 28 jemaah yang lemah daya ingatan, kelainan upaya atau uzur akan dibantu secara satu pesakit satu petugas TH sehingga selesai mengerjakan rukun haji.

"Saya berpuas hati dengan persiapan yang dibuat....marilah sama-sama berdoa agar semua jemaah kita kuat dari segi mental dan fizikal supaya ibadah mereka lengkap dan mendapat haji mabrur," katanya. - Berita Harian


Saturday, November 13, 2010

13 Rahsia atau Kelebihan Solat


 Disini aku kongsikan beberapa rahsia solat yang aku rasa tak semua orang tahu. Perkara-perkara ini kadang kala mungkin kita tidak mahu mengambil kisah atau ambil pusing. 

Bagi sesiapa yang sudah tahu tentang perkara ini alhamdulillah, tapi bagi sesiapa yang tidak tahu, diharap entri ini dapat memberi panduan serba sedikit. Solat sebenarnya banyak kelebihannya dari segi zahir dan juga batin.

Antara beberapa kelebihan solat yang aku nak kongsikan disini ialah :


1.  Niat Solat :- sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2.  Berdiri Tegak :- fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3.  Takbirratul Ihram :- fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4.  Surah Al-Fatihah :-sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5.  Rukuk :- sebagai tikar kita di dalam kubur.
6.  I’tidal :- akan memberi minuman air dari telaga al-Kautsar ketika di dalam kubur.
7.  Sujud :- memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8.  Duduk antara 2 Sujud :- akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9.  Duduk antara 2 Sujud (akhir) :- menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10. Tahhiyat Akhir :- sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11. Selawat Nabi :- sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12. Salam : memelihara kita di dalam kubur.
13. Tertib : - akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Allah SWT Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.


Disini aku memberi nasihat kepada diri aku sendiri dan kepada sesiapa juga yang beragama Islam, janganlah meninggalkan solat. Solat itu wajib dan salah satu cara kita mendekatkan diri kepada Allah SWT.


Wallahuallam~

Lets Go To PC FAIR!! ( USM-PIKOM) 2010

 Owh My God! that's my school!!  
+


 AND 
ITS EQUAL TO
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 and this great event will be organised in the end of this year.


 
  Click at the picture for a larger view

PIKOM is collaborating with the School of Computer Sciences, Universiti Sains Malaysia (USM) to jointly organised the USM-PIKOM Universiti PC Fair 2010, in- conjunction with Computer Science Community Awareness and Education Week (CS-CARE 2010).
So,let us go and enjoy this PC fair on 30 December 2010 until 1 January 2011.

Here is the layout plan for this coming great event.






 For more info, you guys can check it out here. where?... where?   here lah =D..--->  USM-PIKOM UNIVERSITY PC FAIR 2010.

What a great collaborating.

Sharing is caring.

Weekend / Hujung Minggu

 
Of all the days that's in the week,I dearly love but one day.
And that's the day that comes betwixt. A Saturday and Monday.
~Henry Carey

 WISH YOU GUYS HAVE A GREAT WEEKEND!!

Friday, November 12, 2010

Haiwan Korban Bergigi Palsu


Umat Islam di Indonesia diingatkan supaya berhati-hati ketika membeli haiwan korban untuk Hari Raya Haji minggu depan.


Selain keadaan fizikal haiwan itu, mereka juga perlu memeriksa gigi haiwan berkenaan. Untuk membolehkan haiwan itu kelihatan sihat, peniaga bertindak menipu pembeli dengan memasangkan gigi palsu pada haiwan itu.

“Salah satu ciri haiwan yang sihat ialah pada giginya. Tetapi banyak haiwan yang dijual untuk tujuan korban mengalami kerosakan gigi. “Ia memaksa peniaga mencabutnya dan diganti dengan gigi palsu,” kata Ketua Jabatan Penternakan dan Perikanan Jakarta barat, E Kusdiana. Bagaimanapun, katanya, hingga hari ini, enam hari lagi menjelang sambutan Aidiladha, pihaknya belum menemui haiwan bergigi palsu yang dijual penternak untuk tujuan korban. -H.Metro

p/s: haiwan pun bergigi palsu.. ingatkan manusia saja nk pakai..hehe

Temasya Sukan Asia XVI


China melancarkan Temasya Sukan Asia XVI di bandar ini dengan flotilla bot yang bercahaya sambil membawa 45 pasukan sepanjang Pearl River sebentar tadi.

Setiap bot yang dihiasi dengan pelbagai lampu neon dengan ikon nasional setiap pasukan bersaing diarak sepanjang sungai berkenaan sambil disaksikan oleh 34,000 pegawai dan pengunjung di bandar Pulau Haixinsha itu.

Malaysia akan membuka tirai dengan misi memburu pingat pertama dalam empat acara sukan yang menawarkan rebutan pingat esok.

Renang, basikal trek, menembak dan wushu menjadi taruhan hari pertama kontinjen seramai 333 atlet dan 144 pegawai sepanjang temasya dari 12 hingga 27 November ini.

Pun begitu, wushu dan basikal trek wanita menjadi tumpuan esok dengan harapan dapat menyumbang pingat pertama negara tanpa mengira apa warnanya sekalipun. - Utusan

MALAYSIA BOLEH!!!

Apa Kes ? Mangsa Banjir Di Halau


Hmmm.. ini apa kes ni? Kenapa boleh jadi sampai macam ni? Ini dah dikira menganiaya, dorang ni dalam kesusahan, tak perlu lah buat sampai macam ni kalau kerana perbezaan fahaman politik. Apa kes??

Gara-gara berbeza fahaman politik, mangsa banjir mendakwa dihalau keluar dari pusat pemindahan banjir.

Nasib malang itu didakwa berlaku ke atas 103 orang daripada 27 keluarga mangsa banjir yang tinggal di pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Janggus dekat sini semalam.

Arahan supaya mereka mengosongkan pusat tersebut dibuat oleh salah seorang ahli jawatankuasa (AJK) pusat itu melalui pembesar suara.

Amat memeritkan, mereka mendakwa hanya diberikan tempoh lima minit untuk berbuat demikian dan terpaksa berpindah ke pusat penempatan di Sekolah Menengah Alor Janggus di sini.

Tukang kebun, Abd. Aris Ahmad, 37, mendakwa, dia tidak menyangka jawatankuasa pusat berkenaan tergamak berbuat demikian memandangkan mereka adalah antara 1,700 mangsa banjir lain yang tinggal di situ sejak 2 November lalu.

"Kami ada membuat aduan tentang pelbagai perkara yang tidak mencukupi seperti makan dan peralatan lain termasuk selimut dan tikar sedangkan banyak makanan dan peralatan tersimpan dalam stor.

"Namun mereka sentiasa memberi pelbagai alasan dan apa yang menghairankan, barangan yang kami minta itu diberi kepada orang-orang tertentu sahaja tanpa banyak soal," dakwanya yang tinggal di Kampung Pulau Kerengga di sini.

p/s: tak patut..tak patut...
 

Produa Viva EEE


Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) semalam melancarkan varian terbaru ViVA Elite iaitu ViVA Elite Edisi Eksklusif (ViVA EEE) dengan rekaan dalaman dan luaran yang menampilkan ciri-ciri baru yang cukup eksklusif. 

Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, model terbaru dengan kapasiti enjin 1000 cc itu adalah pelengkap kepada rangkaian ViVA yang telah dikeluarkan oleh syarikat tersebut pada tahun 2007.

Beliau berkata, ViVA EEE mempunyai rekaan bergaya dengan enam perubahan rekaan dalaman dan luaran serta warna baru yang menarik.

“Kumpulan sasaran kami adalah pelanggan wanita dan lelaki sama ada yang tinggal di bandar mahupun di pinggir bandar. Mereka memiliki pendapatan di antara RM30,000 sehingga RM35,000 setahun,” katanya.-Kosmo
 p/s: Sehari sebelum ni proton dengan Inspiranya , hari ni produa pulak.. persaingan yang bagus..

Parti "Keadilan Baru" ?

Bekas Ahli Majlis Tertinggi Pusat dan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim akan menubuhkan parti politik baru sekiranya dikenakan tindakan pecat oleh pucuk pimpinan PKR.


Beliau berkata, parti yang mungkin dinamakan 'Keadilan Baru' itu akan diwujudkan bagi meneruskan perjuangan jangka panjangnya iaitu melakukan transformasi politik di negara ini.

"Kalau mereka pecat saya, maka saya kena buat (parti) Keadilan Baru. Takkanlah saya nak pencen dan balik nak jadi peguam, tua dah tak boleh.

"Saya akan teruskan perjuangan. Saya percaya dapat melakukan transformasi politik dengan cara begini.
"Apa yang saya cuba lakukan mungkin tidak berjaya sepenuhnya, tetapi ia memang menjadi hasrat saya dari awal," katanya pada majlis dialog bersama lebih 100 ahli PKR dari kawasan Kedah Tengah di Pejabat PKR Taman Intan di sini malam tadi.

Bekas calon Timbalan Presiden PKR itu berkata demikian ketika diajukan soalan oleh salah seorang ahli parti tentang rancangannya sekiranya dikenakan tindakan pecat daripada PKR.

Menurut Zaid, adalah tidak menjadi satu masalah baginya jika dikenakan tindakan atas alasan mendesak Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presidennya, Azmin Ali berundur.

Ini kerana, katanya, beliau telah melakukan yang terbaik untuk mewujudkan sistem politik bersih dalam PKR, tetapi tidak dapat diterima oleh pucuk pimpinan.

"Saya tinggalkan UMNO, saya lepaskan jawatan Menteri Kabinet, saya tinggalkan syarikat guaman yang paling berjaya. Saya sudah korbankan segalanya.

"Saya mempunyai visi untuk membetulkan keadaan dan mahu menjadikan sistem politik di negara ini lebih telus. Itulah harapan saya. Malangnya, dalam PKR tidak berlaku perkara begitu," katanya.

Ditanya adakah masalah yang berlaku dalam PKR tersebut pernah dibincangkan secara dalaman, Zaid berkata, beliau pernah menjalankan sesi tegur menegur dalam biro politik.

Di KOTA BHARU Zaid menganggap Anwar sebagai orang yang 'takut dengan bayang-bayang' sendiri sehingga sanggup mereka-reka cerita dan menyerang individu yang cuba menghalang anak emasnya, Azmin Ali daripada menggenggam jawatan nombor dua parti itu.

Kata Zaid, beliau sendiri tidak mempunyai masalah dengan Anwar sebelum ini tetapi sebaik sahaja mengumumkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu, Anwar tiba-tiba sahaja menyerangnya secara peribadi termasuk dituduh sebagai ejen UMNO.


p/s: Makin berpecahlah melayu.. sigh!!

Kedah Semakin Pulih



Keadaan di kawasan-kawasan dilanda banjir di Kedah semakin pulih apabila bilangan mangsa yang dipindahkan terus berkurangan hari ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negara ketika dihubungi berkata jumlah keseluruhan mangsa yang masih berada di pusat-pusat pemindahan banjir sehingga 8 pagi ini berkurangan kepada 2,170 orang berbanding 5,103 orang petang semalam.

Di daerah Kota Setar, jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan ialah 486 orang daripada 174 keluarga dan di Kubang Pasu, 1,684 orang daripada 486 keluarga.

Jurucakap itu berkata sebanyak 11 pusat pemindahan masih dibuka, empat daripadanya di Kota Setar dan tujuh di Kubang Pasu.-Utusan Malaysia

p/s: Alhamdulillah...syukur..

Melayu Pulau Pinang Semakin Pupus Tanah



Pemilikan tanah orang Melayu di Pulau Pinang kini hanya tinggal 20.41 peratus, meskipun kaum itu mewakili 44.89 peratus daripada jumlah penduduk negeri ini. 

Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong daripada UMNO, Muhammad Farid Saad, berkata lebih membimbangkan, Daerah Timur Laut iaitu kawasan paling pesat membangun di Pulau Pinang, tanah milikan Melayu hanya 1.16 peratus.

Katanya, kajian UMNO Pulau Pinang juga mendapati ada 60 perkampungan Melayu yang mempunyai 7,000 penghuni dibina di atas tanah orang lain.

“Berikutan itu, penduduk bakal kehilangan tempat tinggal pada bila-bila masa,” katanya pada forum bertajuk Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang di sini, kelmarin.

Farid adalah salah seorang daripada empat ahli panel forum berkenaan, selain Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Datuk Seri Mohd Yusoff Latiff; Ahli Parlimen Parit Buntar daripada PAS, Dr Mujahid Yusuff Rawa dan Presiden TERAS Malaysia, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Forum yang menggabungkan parti politik tanpa mengira fahaman dan pertubuhan bukan kerajaan untuk mencari jalan bagi menangani isu penghakisan tanah milikan Melayu, dikendalikan Pensyarah Universiti Sains Malaysia, Prof Amir Hussain Baharuddin.
Pada sesi soal jawab forum itu, seorang peserta mencadangkan supaya satu fatwa dikeluarkan bagi memastikan tanah milikan Melayu di Pulau Pinang tidak terlepas ke tangan bukan Islam.

Mengulas cadangan itu, Farid melihat perkara berkenaan secara positif dan sesuatu yang wajar jika keadaan benar-benar memerlukan.

“Jika berlaku pertukaran milikan tanah yang boleh menyebabkan tiada lagi orang Melayu di sesuatu kawasan sehingga membawa kepada solat Jumaat tidak boleh didirikan kerana tidak cukup jemaah, ia wajar dilakukan,” katanya.

Mujahid, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang turut bersetuju jika ada fatwa sedemikian, tetapi ia bukan satu jaminan orang Melayu tidak menjual tanah kepada bukan Islam.

“(Kalau ada) fatwa pun boleh berlaku (pertukaran milikan tanah kepada bukan Islam) juga,” katanya sambil menjelaskan faktor tawaran harga lumayan memainkan peranan penting dalam urusan jual beli tanah.

Azmi pula berpandangan, masalah itu memerlukan komitmen yang lebih kerana jika diwujudkan fatwa sekali pun, urusan penjualan tanah kepada bukan Islam akan terus berlaku.- Berita Harian

Perjuangan Belum Berakhir...

Hahaha.... title sangat tak boleh blah.. tapi itu la hakikatnya..huhu, kena sabar!!

Alhamdulillah!! Fuh!! Habis sudah 2 paper exam, cuma tinggal 1 paper lagi lepas raya korban nanti. Sigh!! Boleh tak aku nk enjoy dlu sekarang? ke aku kena terus concentrate study? Suggestion pls!! tapi takut jugak kalau result keluar nanti tak berapa nk bagus. Huh!! Shuh!! Shuh!! mintak simpang, aku dah berusaha, so sekarang kena tawakkal kepada Allah.. mudah-mudahan aku dapat result with flying colors!! Aminx32!!! ...

Hmm.. hari ini aku nk update pasal apa plak? Korang ada nak tahu pasal apa-apa? soalan boleh ditanya dengan meninggalkan komen dibawah ini yer...aku boleh jawab semua ..insyaallah..(baca: yang aku tahu sahaja).Hahaha.. nak buat sesi soal jawab lah pulak..

Masuk hari ni dah kira 2 hari aku tak update apa-apa kt blog aku yg greenish ni...(baca : aku ada exam ).. Sekarang jom kita tengok apa dah jadi kepada statistik viewer aku bila aku tak update ni.. last aku update 10 November 2010.

nota: sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas

Maaf.. viewer aku tak seramai mana pun..tak berjuta beribu pun.. So, kesimpulan yang aku boleh buat disini adalah.. aku kena rajin update blog.. betol tak? kalau aku kureng kurang update blog, maka para viewer aka pengunjung akan kurang..mendadak kot..hurm? let me think.. do i need update my blog with 5 - 10 entries per day to get more and more traffic? or need more entries than that?..

Cukup setakat ini, kepada kaum lelaki muslim sekalian, bersiap-siaplah anda untuk ke masjid.. Solat Jumaat woii!! = D










Wednesday, November 10, 2010

Entri Selepas Lunch

Hmm... ambil sedikit masa untuk berblogging selepas lunch tadi, tidak seperti biasa hari ini aku lunch dengan rakan yang boleh dikatakan lama tak berjumpa. Selalunya aku cuma lunch seorang diri bertemankan Bleach, tapi hari ini lain sikit, aku ada teman, Irfan dan Cerap.

Diorang ni sebenarnya ada interview dekat-dekat sini sebab tu la boleh ngajak aku join makan skali, kalau tidak, jangan harap la nak jumpa dorang, tambah-tambah irfan tu.... shhh!! jangan bising-bising, irfan tak tahu aku ngutuk-ngutuk dia ...hahah.

Orait!! sebenarnya macam ni, pagi tadi lepas saja aku update and touch up blog sket dengan beberapa entri aku sambung study, paper first aku esok. Ya!! esok...memang esok!! tapi tak prepare habis pun lagi..hampeh kan aku? hahhaha.. ok, cukup cakap pasal first paper aku esok.

Aku dah la serabut dengan manager project aku.. macam apa jer.. tak boleh nk consider keadaan aku yang nak amik exam esok, nak jugak dia suh present project sok pagi..hampeh tol!! Grrr!! geram-geram, masa leader project aku nk bincang dengan dia, dia plak bebel bagi ceramah tentang kena konfiden, bla bla bla bla... ape ntah. Yang pasti die tetap dengan keputusan dia. Kenapa la dia tak pernah berubah? ish3!!

Sigh!! uik.. ko da lari dari topik la.., ok berbalik kepada benda sebenar aku nak bercerita, pasal lunch dengan member-member lama. ermm... kejap...kejap.. aku dah lupa dah nak cerita pasal ape? adeh!!

Sorry guys!! aku totally lupa la...huhu.. tak apa, nanti kalau aku ingat balik, aku sambung... aku nak sambung study.. wish me luck for tomorrow..

Lesen Bas Ekspres Delima dan Taipan Suria Di Tarik



SEMUA bas Ekspres Delima tidak lagi dibenarkan beroperasi selepas lesennya ditarik balik ekoran nahas yang mengorbankan 13 orang penumpang bulan lalu.


KUALA LUMPUR - Lesen operasi kesemua 11 bas ekspres milik syarikat Kuala Lumpur-Malacca Express Sdn. Bhd. (SKLME) dan sebanyak 99 lesen bas sewa khas milik syarikat Taipan Suria Sdn. Bhd. (Taipan Suria) dibatalkan serta-merta semalam ekoran dua nahas yang mengorbankan 20 nyawa bulan lalu.
Serentak dengan pembatalan lesen itu, semua operasi kedua-dua syarikat tersebut juga dihentikan dan jika ingkar, tindakan sita premis akan dilaksanakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, keputusan itu adalah hasil mesyuarat Jawatankuasa Inkuiri Kemalangan Maut yang mengadakan pertemuan kelmarin.-Kosmo

p/s: semoga syarikat bas lain mengambil iktibar dari hal-hal ini, banyak nyawa yang terlibat.

Menantu Belasah Mertua Pula.. Haisy...

Ni lagi satu kes yang aku terbaca dalam papaer hari ini, macam entri aku sebelum ni juga, memang tak habis-habis dengan kes macam ni, tak boleh ke selesaikan dengan cara yang baik, bincang elok-elok?


Hanya kerana perselisihan faham, seorang pemuda sanggup menikam bapa mertuanya sehingga parah di rumahnya di Jalan Bendahara 3, Bandar Tenggara, di sini semalam.

Armen Suardi, 52, dipercayai diserang menggunakan objek tajam dipercayai pisau pukul 2.40 petang sehingga cedera parah di dada dan kepala.

Armen yang berlumuran darah kemudian membuat laporan di balai polis berdekatan sebelum mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Bandar Tenggara.

Ketua Polis Kota Tinggi, Suprintendan Osman Muhammad Sebot berkata, keadaan mangsa yang bertambah serius dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah pada petang sama.

"Dia bagaimanapun meninggal dunia pukul 5.20 pagi ini di hospital itu," katanya kepadaUtusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham antara mangsa dan suspek yang merupakan seorang penganggur sebelum kejadian.

Katanya, sebaik sahaja menerima laporan, suspek yang berusia 23 tahun dan berasal dari Kampung Lubuk Pengkalan Batu, Mersing melarikan diri ke Mersing.

"Bagaimanapun dia berjaya ditahan pada waktu malam hari kejadian di rumah keluarganya di kampung tersebut.

"Dia seterusnya diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi untuk membantu siasatan.

"Suspek direman selama seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

-Utusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...