Sunday, November 14, 2010

Malaysia No 1.

Malaysia mengekalkan prestasi di tempat pertama tiga tahun berturut-turut dari segi penyediaan kredit kepada perusahaan kecil dan sederhana (SME) dalam laporan Bank Dunia mengenai daya saing negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan penarafan terbaru Bank Dunia itu berkata, ia menunjukkan Malaysia telah memperuntukkan dana yang banyak untuk SME.

Menurutnya, Malaysia serius membangunkan sektor itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mempengerusikan jawatankuasa kebangsaan SME selain penubuhan SME Corp dan SME Bank.

"Walaupun di Malaysia ada yang tidak puas hati (pembiayaan), tapi kalau dilihat negara lain tidak setanding Malaysia, Ini satu pencapaian yang begitu baik," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri hari pertama Sidang Kemuncak Kerjasama Asia Pasifik (APEC) di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, salah satu sebab mengapa Malaysia cepat pulih daripada krisis kewangan global ialah sekongan kerajaan kepada industri kecil dan sederhana yang turut mendapat bantuan pembiayaan daripada bank.

Katanya, beliau turut membangkitkan usaha meningkatkan SME dan keusahawanan itu semasa sesi retreat bersama pemimpin APEC hari ini yang membincangkan topik Strategi Pertumbuhan APEC dan keselamatan manusia.

Dalam sesi itu, jelasnya, beliau juga menyentuh usaha memerangi keganasan dan idea Perdana Menteri mengenai Gerakan Kesederhanaan Global.

Timbalan Perdana Menteri menambah, peranan SME dalam ekonomi Malaysia turut disentuh semasa perbincangan ketua delegasi dari Malaysia, Chile, New Zealand dan Rusia pada sesi dialog dengan Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC).

Muhyiddin berkata, beliau yang ditanya mengenai peranan SME dalam sesi itu yang disifatkannya sebagai santai dan bermakna, menyarankan agar sektor tersebut dapat diperluaskan ke semua negara anggota. "Respons daripada rakan-rakan negara APEC juga mahu sektor ini dikembangkan," jelasnya.

Mengulas pertemuan bilateral dengan Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper pada sebelah pagi, Muhyiddin berkata, kedua-dua pihak bersetuju hubungan perdagangan, pendidikan, pelancongan dan usaha memerangi pemerdagangan manusia ditingkatkan.

Katanya, isu-isu berkepentingan bersama itu akan dibincangkan di peringkat pegawai kedua-dua buah negara. - Mingguan


p/s: syabas malaysia!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...