Selain keadaan fizikal haiwan itu, mereka juga perlu memeriksa gigi haiwan berkenaan. Untuk membolehkan haiwan itu kelihatan sihat, peniaga bertindak menipu pembeli dengan memasangkan gigi palsu pada haiwan itu.
“Salah satu ciri haiwan yang sihat ialah pada giginya. Tetapi banyak haiwan yang dijual untuk tujuan korban mengalami kerosakan gigi. “Ia memaksa peniaga mencabutnya dan diganti dengan gigi palsu,” kata Ketua Jabatan Penternakan dan Perikanan Jakarta barat, E Kusdiana. Bagaimanapun, katanya, hingga hari ini, enam hari lagi menjelang sambutan Aidiladha, pihaknya belum menemui haiwan bergigi palsu yang dijual penternak untuk tujuan korban. -H.Metro
p/s: haiwan pun bergigi palsu.. ingatkan manusia saja nk pakai..hehe
No comments:
Post a Comment