Wednesday, November 10, 2010

Lesen Bas Ekspres Delima dan Taipan Suria Di Tarik



SEMUA bas Ekspres Delima tidak lagi dibenarkan beroperasi selepas lesennya ditarik balik ekoran nahas yang mengorbankan 13 orang penumpang bulan lalu.


KUALA LUMPUR - Lesen operasi kesemua 11 bas ekspres milik syarikat Kuala Lumpur-Malacca Express Sdn. Bhd. (SKLME) dan sebanyak 99 lesen bas sewa khas milik syarikat Taipan Suria Sdn. Bhd. (Taipan Suria) dibatalkan serta-merta semalam ekoran dua nahas yang mengorbankan 20 nyawa bulan lalu.
Serentak dengan pembatalan lesen itu, semua operasi kedua-dua syarikat tersebut juga dihentikan dan jika ingkar, tindakan sita premis akan dilaksanakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, keputusan itu adalah hasil mesyuarat Jawatankuasa Inkuiri Kemalangan Maut yang mengadakan pertemuan kelmarin.-Kosmo

p/s: semoga syarikat bas lain mengambil iktibar dari hal-hal ini, banyak nyawa yang terlibat.

2 comments:

H.A said...

salam singgah dn follow dr blog ben :)
jom2 kenal lebih2 lagi
"blog saya yg comot""

Mr. N said...

nasiblah...aku tak stkt ni mesti amik Transnational... aku rse aku prcye... bas len mcm kurg lah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...