Monday, November 15, 2010

Mohon Maaf

Dalam 2 3 hari ini agak sibuk dengan project system yang aku and group kena present kepada menager esok, so hasilnya aku kurang mengupdate blog. Biasalah, aku kekurangan masa untuk mengupdate kerana mengejar masa untuk siapkan phase II untuk project system group aku.

Jadi kalau korang perasan,aku kurang yang teramat sangat mengupdate, even kalau aku dapat update pun, aku hanya updatekan beberapa keratan berita yang aku rasa menarik untuk aku kongsikan disini. Aku juga sedar yang viewer aku dah kurang dengan mendadak sekali. sigh!! tapi aku memang tak dapat buat apa-apa pun. Project system punya pasal..

Sebelum aku bertungkus lumus dengan project ni aku juga kurang mengupdate blog kalau korang perasan, tapi aku dah ceritakan kat sini pasal kenapa aku kurang update. Sila klik di sini --> Perjuangan Belum Berakhir.(memang belum selesai, still ada 1 paper)

So aku dengan ini memohon maaf kepada korang yang sudi berkunjung ke blog aku ini dalam masa beberapa hari kebelakangan ini kerana aku kekurangan masa mengupdate blog.

p/s: aku baru abes siapkan part aku untuk project system.. dah nk dekat pkul 3 pagi, aku mengantuk letih..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...