Saturday, November 13, 2010

13 Rahsia atau Kelebihan Solat


 Disini aku kongsikan beberapa rahsia solat yang aku rasa tak semua orang tahu. Perkara-perkara ini kadang kala mungkin kita tidak mahu mengambil kisah atau ambil pusing. 

Bagi sesiapa yang sudah tahu tentang perkara ini alhamdulillah, tapi bagi sesiapa yang tidak tahu, diharap entri ini dapat memberi panduan serba sedikit. Solat sebenarnya banyak kelebihannya dari segi zahir dan juga batin.

Antara beberapa kelebihan solat yang aku nak kongsikan disini ialah :


1.  Niat Solat :- sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2.  Berdiri Tegak :- fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3.  Takbirratul Ihram :- fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4.  Surah Al-Fatihah :-sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5.  Rukuk :- sebagai tikar kita di dalam kubur.
6.  I’tidal :- akan memberi minuman air dari telaga al-Kautsar ketika di dalam kubur.
7.  Sujud :- memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8.  Duduk antara 2 Sujud :- akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9.  Duduk antara 2 Sujud (akhir) :- menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10. Tahhiyat Akhir :- sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11. Selawat Nabi :- sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12. Salam : memelihara kita di dalam kubur.
13. Tertib : - akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Allah SWT Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.


Disini aku memberi nasihat kepada diri aku sendiri dan kepada sesiapa juga yang beragama Islam, janganlah meninggalkan solat. Solat itu wajib dan salah satu cara kita mendekatkan diri kepada Allah SWT.


Wallahuallam~

6 comments:

shahazrin said...

BAGUS,,ENTRI YANG BERGUNA

Ezal R said...

Terima Kasih.. =D

missbby said...

alhamdulillah..entry yang bagus..:)
peringatan untuk semua..

Anonymous said...

thanx info!

sabree hussin said...

semoga sama-sama kita menjaga solat kita. terima kasih perkongsian tu

Ezal R said...

terima kasih kerana berkunjung kesini... kita sesama perlu saling berpesan.. insyaallah ...

sharing is caring.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...