Friday, November 12, 2010

Produa Viva EEE


Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) semalam melancarkan varian terbaru ViVA Elite iaitu ViVA Elite Edisi Eksklusif (ViVA EEE) dengan rekaan dalaman dan luaran yang menampilkan ciri-ciri baru yang cukup eksklusif. 

Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, model terbaru dengan kapasiti enjin 1000 cc itu adalah pelengkap kepada rangkaian ViVA yang telah dikeluarkan oleh syarikat tersebut pada tahun 2007.

Beliau berkata, ViVA EEE mempunyai rekaan bergaya dengan enam perubahan rekaan dalaman dan luaran serta warna baru yang menarik.

“Kumpulan sasaran kami adalah pelanggan wanita dan lelaki sama ada yang tinggal di bandar mahupun di pinggir bandar. Mereka memiliki pendapatan di antara RM30,000 sehingga RM35,000 setahun,” katanya.-Kosmo
 p/s: Sehari sebelum ni proton dengan Inspiranya , hari ni produa pulak.. persaingan yang bagus..

4 comments:

Mr. N said...

satu kereta besau...satu kereta kecik..ok lah tu...tp klw aku...aku amik viva lah.... bujang kan...

Ezal R said...

haha.. bli jer kedua-dua.. buat spare..
kalau aku, aku amik inspira.. haha
=D

nurmisnan said...

salam.. ohhhh.. tomey sungguh VIVA
cute jer utk kaum wanita... =)

Ezal R said...

untuk para wanita.. sesuai.. tapi harus diingat.. kecik-kecik tetap ekslusif..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...