Friday, November 12, 2010

Kedah Semakin Pulih



Keadaan di kawasan-kawasan dilanda banjir di Kedah semakin pulih apabila bilangan mangsa yang dipindahkan terus berkurangan hari ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negara ketika dihubungi berkata jumlah keseluruhan mangsa yang masih berada di pusat-pusat pemindahan banjir sehingga 8 pagi ini berkurangan kepada 2,170 orang berbanding 5,103 orang petang semalam.

Di daerah Kota Setar, jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan ialah 486 orang daripada 174 keluarga dan di Kubang Pasu, 1,684 orang daripada 486 keluarga.

Jurucakap itu berkata sebanyak 11 pusat pemindahan masih dibuka, empat daripadanya di Kota Setar dan tujuh di Kubang Pasu.-Utusan Malaysia

p/s: Alhamdulillah...syukur..

2 comments:

Mr. N said...

alhamdulillah...bagus lah....

Ezal R said...

yup.. syukur2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...