Sebelum korang baca artikel dibawah ni, aku nak terangkan disini, ini hanyalah hasil dari beberapa kajian oleh pakar-pakar dan perlu diingat, kajian ini tidak semestinya tepat kerana peribadi seseorang itu adalah berlainan dan mempunyai keunikan yang tersendiri.
Jadi kepada lelaki janganlah jadikan entri ini sebagai panduan 100% untuk mencari pasangan. =D Rahsia Bentuk Bibir:
1.Bibir segar dan kemerahan
Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semula jadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semula jadinya sebagai wanita. Dia manja dan suka dimanjakan serta mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa jika mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya
2.Bibir tipis
Tipis bukan bererti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan daripada pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalankan kehidupannya.
3.Bibir munggil
Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan. Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya. Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab, namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.
4.Bibir tebal
Wanita berbibir tebal dikatakan mempunyai nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan di khalayak ramai. Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang, kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya. Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama.
5.Bibir sentiasa terbuka
Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri.
p/s: Bentuk bibir ini hanya untuk wanita sahaja, lelaki tidak termasuk.. so, kalau bibir korang(baca : Lelaki) munggil ke, tebal ke, segar ke, tak ada kaitan yer..=D
No comments:
Post a Comment