Showing posts with label Kedah. Show all posts
Showing posts with label Kedah. Show all posts

Monday, February 20, 2012

Agong diiktiraf Malaysia Book of Records


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, hari ini berkenan menerima sijil pengiktirafan dari Malaysia Book of Records sebagai sultan pertama dilantik Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua. 

Baginda menerima buku dan sijil pengiktirafan tersebut daripada Pengarah Urusan The Malaysia Book of Records Datuk Danny Ooi di Istana Negara, di sini.
Turut berangkat mengiringi baginda pada majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.
Kali pertama, Tuanku Abdul Halim dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ialah pada 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975 semasa berusia 43 tahun, sebelum sekali lagi dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14. 

Sementara itu, dalam majlis berasingan di Istana Negara, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah, berkenan menerima selempang Penaung Diraja Pandu Puteri sebagai tanda menjadi penaung baru persatuan tersebut. 

Selempang tersebut bersama sepersalinan Pandu Puteri diserahkan oleh lima ahli persatuan itu kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia sebelum diserahkan kepada Seri Paduka. 

Turut hadir ialah Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah yang juga Timbalan Yang Dipertua Pandu Puteri dan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri, Datin Seri Zalillah Mohd Taib.- BH

DAULAT TUANKU!!

Tuesday, December 13, 2011

Daulat Tuanku 2!!


KE BAWAH Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pelajaran di Kolej Sultan Abdul Hamid dari tahun 1946 hingga 1949.

Semasa menuntut di situ, baginda pernah bersemayam di asrama Kolej Sultan Abdul Hamid dan bergaul dengan pelajar-pelajar daripada pelbagai latar belakang dan lapisan masyarakat.

Guru dan rakan sekolah menyifatkan baginda seorang yang berhemah tinggi, seorang yang bertolak-ansur dan tidak pernah berbangga diri, biarpun baginda ketika itu bakal raja Kedah.

Menurut tokoh sejarah Kedah, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof, baginda yang aktif dalam pasukan seragam kerap mengikuti perkhemahan termasuk di Gunung Jerai bersama-sama rakan-rakannya.

Sebagai seorang yang cintakan ilmu pengetahuan, baginda berangkat ke England pada Februari 1949 untuk melanjutkan pelajaran di Wadham College, Oxford dalam bidang Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam.

Semasa di England iaitu pada 6 Ogos 1949, baginda telah ditabalkan sebagai Raja Muda Kedah.

Sekembali ke tanah air pada tahun 1955, baginda berkhidmat di Pejabat Daerah Kota Setar dan Pejabat Perbendaharaan Negeri.

Baginda bertemu jodoh dengan Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah pada bulan Mac 1956 di Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Almarhumah merupakan puteri sulung Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman Muhammad yang juga Yang di-Pertuan Agong pertama Persekutuan Tanah Melayu.

Hasil perkahwinan diraja itu, Tuanku berdua dikurniakan tiga puteri iaitu Datuk Seri Tunku Soraya, Tunku Sarina (mangkat) dan Tunku Panglima Besar Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.

Pada 9 Mac 1957, baginda dilantik sebagai pemangku Sultan Kedah kerana Almarhum Sultan Badlishah telah berangkat ke luar negara pada 12 Mac hingga Julai 1957.

Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menaiki takhta pada 14 Julai 1958 setelah ayahanda baginda Almarhum Sultan Badlishah mangkat.

Pada 20 Februari 1959, baginda ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Kedah ke-28 dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Bahiyah sebagai Sultanah Kedah dalam satu istiadat gilang-gemilang di Balai Besar, Alor Setar.

Menurut sejarah, baginda merupakan Sultan Kedah Ke-2 ditabalkan mengikut istiadat. Sultan sebelumnya ialah Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II atau Marhum Melaka, Sultan ke-22 (1804 hingga 1845) yang juga berlangsung di Balai Besar.

Istiadat perlantikan
Wan Shamsudin memberitahu, perlantikan Sultan Ahmad Tajuddin mengikut istiadat tercatat dalam manuskrip bertulisan jawi yang diterbitkan pada tahun 1805.

Tuanku Sultan dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-5 antara tahun 1970 hingga 1975.

Pada 21 September 1970, baginda dan Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah dilantik secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Malik (Tuanku Bendahara yang kemudiannya bergelar Raja Muda) telah dilantik sebagai Pemangku Sultan Kedah.

Pada ketika ini juga ayahanda saudara Tuanku, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bersara dari jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah merupakan seorang putera raja yang berhemah tinggi. Baginda terkenal dengan pertuturan yang lemah-lembut dan bersopan santun. Baginda adalah seorang pemerintah yang dididik dari kecil dengan nilai-nilai pekerti dan tingkah laku yang berasaskan kepada ajaran agama dan ilmu keduniaan yang luas.


Baginda amat mengambil perhatian hal ehwal agama dan rakyat jelata terutama yang menyentuh bidang kuasa baginda.

Keprihatinan baginda jelas terbukti apabila baginda berangkat setiap hari ke Wisma Darul Aman, Alor Setar iaitu pusat pentadbiran kerajaan negeri.

Baginda mahu merapatkan diri dengan kerajaan untuk memudahkan para pentadbir berunding dengan baginda tanpa mengambil masa menghadap di istana.

Menurut Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Menteri Besar boleh memberikan maklumat dengan mudah kepada baginda jika ada perkara mustahak yang perlu dibincangkan dan diselesaikan khususnya dalam menjaga keprihatinan rakyat jelata yang berada di bawah naungan baginda.

Hal itu diakui oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Kata beliau, baginda amat mengambil berat tentang pembangunan negeri dan kebajikan rakyat.

Mesra rakyat
Baginda amat prihatin dengan tiga perkara iaitu hal berkaitan agama, Perkhidmatan Tadbir Awam Kedah (KCS) dan adat istiadat Melayu.

Tambahnya, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan berangkat ke pejabat kira-kira pukul 9 pagi dan pulang ke istana untuk bersantap dan kadangkala baginda berangkat semula ke pejabat pada sebelah petang.

“Sekiranya tiada urusan rasmi, baginda berkenan berangkat ke pejabat kerana semua fail dan dokumen berkaitan bidang kuasa baginda disimpan di sini,” kata Azizan.

Menurut Azizan, apabila bercakap baginda tidak lokek dengan senyuman dan teguran. Bahkan, baginda seorang yang penuh berhemah dan penuh diplomasi.

“Baginda seorang raja yang mesra dan tahu banyak perkara, jadi kita tidak boleh bohong baginda,” katanya memberitahu beliau merupakan menteri besar ke-11 di bawah pemerintahan Tuanku Abdul Halim.
Pada 26 Ogos 2003, Tuanku Sultanah Bahiyah mangkat di Istana Kuala Chegar, Anak Bukit.

Pada 9 Januari 2004 telah berlangsung satu istiadat gilang-gemilang pelantikan Yang Mulia Che Puan Haminah Hamidun sebagai Sultanah Kedah yang baharu dengan gelaran Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah.

Istiadat pelantikan itu disambut gembira oleh seluruh rakyat Kedah. Tuanku Sultanah Haminah dilahirkan di Bagan Serai, Perak dan berkahwin dengan Tuanku Abdul Halim pada 25 Disember 1975.
Selain golf, semasa muda Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah juga gemar bermain tenis dan billiard sehingga kini. Baginda masih bergiat aktif bersukan, namun baginda turut mempunyai hobi lain iaitu fotografi dan melancong.

Baginda juga telah berangkat ke Eropah pada tahun 1950 dan 1954 selain mengelilingi dunia pada tahun 1963.

Baginda juga amat berminat memelihara haiwan. Di Istana Anak Bukit, terdapat taman haiwan yang menempatkan pelbagai jenis burung kegemaran baginda dan haiwan lain seperti rusa dan kuda.

Baginda sendiri mengambil berat terhadap pengawasan binatang peliharaan setiap hari. Baginda seorang yang mencintai alam semula jadi dan sentiasa memberi perhatian kepada pemuliharaan flora dan fauna.

Pada 7 April 1994, baginda telah dipersembahkan dengan watikah pelantikan sebagai Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) sehingga kini. Baginda juga menjadi penaung diraja kepada pelbagai persatuan dan badan-badan bukan kerajaan di seluruh negeri Kedah.

Menyentuh soal Sultan Berjiwa Rakyat, Wan Shamsudin yang menjangkau usia 79 tahun ini ada kisahnya tersendiri.

Ujarnya, baginda tidak memilih makanan, malah sedia santap sebarang jenis makanan yang disajikan.
Katanya, beliau ada pengalaman mengenai hal itu ketika menjadi Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kolej Sultan Abdul Hamid pada satu ketika dulu.
“Saya tanya baginda mahu makan apa pada majlis jamuan itu. Baginda bertitah, beta suka makan apa yang rakyat makan.
“Tuanku suka makan mi abu dan popia. Jadi saya pun bawa peniaga makanan itu pada majlis itu untuk dihidangkan kepada baginda,” katanya. -Kosmo

 

p/s : Tahniah dan DAULAT TUANKU!!

p/s 2: Mee abu mmg sedap...

Monday, December 12, 2011

Daulat Tuanku


Hari ini merupakan hari salah satu hari pelengkap kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13. Sebentar tadi berlangsungnya adat istiadat keberangkatan pulang baginda pada akhir tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Tuanku Mizan yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada 26 April 2007 untuk tempoh lima tahun, berangkat meninggalkan Istana Negara pada pukul 11 pagi. Baginda yang berpakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong yang dikenali sebagai ”muskat” turut menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.


Baginda berdua berangkat meninggalkan Istana Negara dengan menaiki kenderaan rasmi Yang di-Pertuan Agong diiringi seramai tujuh pengiring bermotosikal serta 12 pengiring am diraja daripada Kor Armour Diraja

Manakala esok, 13 Disember 2011 akan menjadi satu lagi sejarah untuk negara apabila Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah akan diisytiharkan oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 14 untuk tempoh 5 tahun buat kali kedua dan pertama dalam sejarah negara.
 
Untuk pengetahuan, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sebelum ini pernah diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-5 pada tahun 1970 hingga 1975.



p/s : Daulat Tuanku!

Saturday, February 26, 2011

7 Wasiat Raja-Raja Melayu

Sekian lama kita Merdeka, semakin lupa kita tentang wasiat yang di tinggalkan raja-raja Melayu semasa menandatangani persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957. 

Semakin berani orang mempertikaikan kedaulatan Raja-Raja Melayu malah orang melayu sendiri telah di boneka untuk mempertikai kedaulatan bangsa sendiri. Siapakah yang bodoh dan siapa yang bijak. Untuk itu sama-samalah kita memperingatkan diri dengan wasiat yang di tinggalkan raja-raja melayu. Wasiat yang di tinggalkan adalah seperti berikut :


  • Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

  • Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

  • Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

  • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).



kredit to : Inspirasi Monologue

Thursday, February 24, 2011

UUM diiktiraf sebagai salah sebuah Sekolah Perniagaan Terulung Malaysia (MTBS)?

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mempertimbangkan permohonan Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk diiktiraf serta disenaraikan sebagai salah sebuah Sekolah Perniagaan Terulung Malaysia (MTBS).


Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, permohonan itu akan dipertimbangkan kerana pihaknya tertarik dengan pencapaian Kolej Perniagaan UUM bukan sahaja dari segi penawaran kursus, malah ia mempunyai bilangan pelajar antarabangsa yang ramai.

"Ia juga kini dalam proses untuk mendapat akreditasi dari luar negara, ini satu gambaran bahawa ia berkeyakinan tinggi untuk menjadi Top Business School,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Interaksi Menteri Pengajian Tinggi dengan Pengurusan UUM di sini hari ini.

Beliau berkata, kementerian juga kini sedang mengkaji untuk menambah jumlah MTBS sedia ada iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). - Bernama



Friday, February 18, 2011

Unbelievable : Penangan 23 Sekolah Berprestasi Tinggi 2011

Entri aku semalam tentang lagi senarai 23 buah sekolah SBT di sini, betol-betol dah meningkatkan viewer aku semalam ke tahap yang aku tak sangka-sangka ( yelah kan, blog aku tak hebat dan bagus mana pun).

Sudah sangat lama aku tak dapat viewer macam semalam. Kali terakhir viewer ramai pn masa aku sangat-sangat rajin update dan membuat blogwalking ke blog-blog hebat sambil join segmen-segmen yang dorang buat. Seriously, aku sangat terkejut!!..mana tidaknya, lebih dari yang biasa aku dapat.

Kat bawah ni letakkan gambar statistik viewer aku dari nuffnang yang tiba-tiba mencangak naik.. diulangi, TIBA-TIBA..huhu

Setakat pukul 8 malam

Pukul 9 malam

Pukul 11 malam, viewer dah kurang, tapi masih lebih dari biasa.


p/s: hurm..blog aku hanya blog biasa, ofcoz aku terkejut klu tiba-tiba jadi macam ni..  harap-harap keadaan macam ni berterusan.. amin... :)

Thursday, February 17, 2011

Lagi Senarai 23 Sekolah Berprestasi Tinggi

Tahniah diucapkan kepada sekolah-sekolah berikut.

  1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu; 
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor; 
  3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak; 
  4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor; 
  5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah; 
  6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang; 
  7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur; 
  8. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan; 
  9. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak; 
  10. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur; 
  11. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur; 
  12. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang 
  13. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor; 
  14. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak; 
  15. SK Convent Muar, Johor; 
  16. SK Seri Biram, Pahang; 
  17. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah; 
  18. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur; 
  19. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang; 
  20. SK Sultan Ismail, Terengganu; 
  21. SK Jalan Tiga, Selangor; 
  22. SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang 
  23. SJK(C) Lick Hung, Selangor. 


p/s: Tahniah kepada sekolah-sekolah ini yang telah diiktiraf, semoga terus kekal hebat dan dapat melahirkan insan dengan minda kelas pertama.

Thursday, January 27, 2011

Logo Rasmi Liga Malaysia 2011 oleh Astro

Seperti yang sudah kita tahu, mulai tahun 2011, Liga Malaysia akan ditaja oleh penaja baru iaitu Astro setelah 7 tahun ditaja oleh TM ( Telekom Malaysia). Tajaan Astro ini dikatakan sebanyak RM 120 juta untuk tempoh 2011 - 2014.

Selain itu, FAM juga telah melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MSL yang baru iaitu Stuart Michael Ramalingam yang menggantikan Kuhan Foo.

Pada pendapat aku, logo Liga Malaysia tahun ini agak menarik tetapi ia seperti iras-iras logo piala dunia di Jepun dan Korea. Walau macam mana sekali pun, aku harap Liga Malaysia kali ini akan lebih meriah dan semua pemain akan lebih menunjukkan permainan yang mantap dan bagus..


Kat bawah ni logo-logo baru Liga Malaysia 2011 dan Liga Super 2011 yang di reka oleh Arena Graphic Team.


Untuk Liga Super 2011, dijangkakan Maxis akan menjadi penaja rasmi. Tetapi ini hanyalah kemungkinan sahaja dan oleh sebab itu, terdapat logo maxis diletakkan bersama-sama dengan logo liga super. So, sama-sama kita nantikan.



p/s: Tahun ni agak-agak pasukan mana yang akan menunjukkan peningkatan dan seterusnya menjadi juara?

Monday, January 17, 2011

Pesanan Sultan Kedah Darul Aman

Semalam merupakan Hari Keputeraan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang ke 83 dan merupakan hari cuti untuk seluruh rakyat negeri Kedah Darul Aman, Aku pun sempat balik ke Kedah nak bercuti..haha
Istana Anak Bukit

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, semalam mengingatkan rakyat supaya berwaspada dan menolak cubaan pihak tertentu untuk mengaitkan institusi Raja ke dalam sebarang isu berbangkit, termasuk politik yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini. 

Bertitah sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-83 di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit di sini, baginda meminta rakyat memelihara suasana aman bagi membolehkan tumpuan untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing.


Titah baginda, peristiwa di beberapa tempat lain sebelum ini menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat kerana permainan politik tidak mengambil kira soal ketenteraman awam hingga mencetuskan huru-hara yang wajar dijadikan renungan.
“Rakyat negeri ini hendaklah sentiasa waspada dan menolak percubaan pihak tertentu membabitkan beta dalam apa-apa isu berbangkit.

“Beta yakin ikatan perpaduan yang erat dan kukuh di kalangan penduduk berbilang kaum masa kini dapat menjadi benteng untuk memelihara keamanan, oleh itu usaha kerajaan beta untuk mengeratkan perpaduan antara kaum hendaklah disokong sepenuhnya,” titah baginda.

Pada majlis berkenaan 83 individu menerima bintang kebesaran sempena sambutan hari keputeraan baginda.

Bekas Menteri Besar Kedah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Mahdzir Khalid mendahului senarai apabila dianugerahkan Darjah Orang Besar Lapan yang membawa gelaran Datuk Seri Mahawangsa.
Sultan Kedah turut mengingatkan kerajaan negeri supaya mengurangkan kerenah birokrasi yang sering dikaitkan dengan kelewatan menyiapkan sesuatu projek demi kepentingan semua pihak.

"Beta percaya apa yang dikerjakan tidak akan bermakna jika tiada perubahan sikap dan minda di dalam proses pentadbiran dan pengurusan dengan pelabur serta pedagang.

"Beta percaya kestabilan politik dan kemantapan jentera kerajaan akan menarik lebih ramai pelabur memilih negeri ini sebagai lokasi pelaburan yang menguntungkan mereka," titah baginda.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam ucapan menyembah tahniah berkata, pentadbiran negeri sepanjang 2010 berjalan lancar dalam suasana politik yang stabil dan suasana yang kondusif itu memberi ruang dan peluang yang luas kepada kerajaan untuk merancang beberapa program baru bagi membantu memacu ekonomi.- Berita Harian








p/s: DAULAT TUANKU!! Semoga terus panjang umur...( kalau atok aku masing hidup, mesti dah sama umur ngn Sultan Kedah..huhu Al-Fatihah)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...