Showing posts with label Award. Show all posts
Showing posts with label Award. Show all posts

Monday, February 20, 2012

Agong diiktiraf Malaysia Book of Records


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, hari ini berkenan menerima sijil pengiktirafan dari Malaysia Book of Records sebagai sultan pertama dilantik Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua. 

Baginda menerima buku dan sijil pengiktirafan tersebut daripada Pengarah Urusan The Malaysia Book of Records Datuk Danny Ooi di Istana Negara, di sini.
Turut berangkat mengiringi baginda pada majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.
Kali pertama, Tuanku Abdul Halim dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ialah pada 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975 semasa berusia 43 tahun, sebelum sekali lagi dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14. 

Sementara itu, dalam majlis berasingan di Istana Negara, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah, berkenan menerima selempang Penaung Diraja Pandu Puteri sebagai tanda menjadi penaung baru persatuan tersebut. 

Selempang tersebut bersama sepersalinan Pandu Puteri diserahkan oleh lima ahli persatuan itu kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia sebelum diserahkan kepada Seri Paduka. 

Turut hadir ialah Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah yang juga Timbalan Yang Dipertua Pandu Puteri dan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri, Datin Seri Zalillah Mohd Taib.- BH

DAULAT TUANKU!!

Thursday, February 17, 2011

Lagi Senarai 23 Sekolah Berprestasi Tinggi

Tahniah diucapkan kepada sekolah-sekolah berikut.

  1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu; 
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor; 
  3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak; 
  4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor; 
  5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah; 
  6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang; 
  7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur; 
  8. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan; 
  9. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak; 
  10. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur; 
  11. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur; 
  12. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang 
  13. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor; 
  14. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak; 
  15. SK Convent Muar, Johor; 
  16. SK Seri Biram, Pahang; 
  17. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah; 
  18. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur; 
  19. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang; 
  20. SK Sultan Ismail, Terengganu; 
  21. SK Jalan Tiga, Selangor; 
  22. SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang 
  23. SJK(C) Lick Hung, Selangor. 


p/s: Tahniah kepada sekolah-sekolah ini yang telah diiktiraf, semoga terus kekal hebat dan dapat melahirkan insan dengan minda kelas pertama.

Monday, January 10, 2011

Tips: 10 Petanda Dia Adalah Jodoh Kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya merancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Sharing is Caring

p/s: Ini adalah salah satu cara kita nak mengetahui chemistry antara kita dan si dia. Setiap orang mampu untuk berubah.. wallahualam

Sunday, January 09, 2011

Janji Kepada Follower ke 100

Akhirnya, pada hampir tengah malam semalam belog ni sudah mempunyai 100 folower. Haha.. lambat gila kan belog aku ni. T___T.

Anyway, aku nak umumkan disini bahawa follower aku yang ke 100 adalah pemilik belog JUMPING MOMOCHAN iaitu Momochan aka Nadhirah.


Tahniah & terima kasih diucapkan kepada beliau kerana menjadi follower yang ke 100 dan seperti yang dijanjikan, aku akan letakkan 1 link (beserta banner) ke belog beliau. Aku tahu, belog aku ini tidaklah popular tapi inilah cara aku appreciate kepada beliau dan juga aku juga telah membuat satu award kepada beliau. Boleh ambil di link ini----> EZALR AWARD


sekali lagi, thank you and congratulation for being my 100th follower and hope you can accept this.

p/s: turut tidak dilupakan senarai 100 orang follower yang lain, aku ucapkan terima kasih!!

Saturday, January 08, 2011

Siapakah Follower ke 100?


Alhamdulillah, setelah untuk beberapa lama aku berbelog, akhirnya follower aku dah hampir nak mencapai 3 angka, 100. Ya!! 100..mungkin sesetengah korang da beribu-ribu follower dalam masa yang singkat (baca :tapi aku tak macam tu, aku ambil masa yang agak lama untuk capai macam ini) tapi bagi aku angka 100 ni cukup keramat. Kenapa? okeh, meh aku nk story sikit.

Aku wujud dalam dunia belog ni dah agak lama, kira-kira dah hampir setahun lima bulan ( termasuk bulan Januari 2011), tapi aku tak macam belog-belog lain, belog aku banyak berevolusi, masa mula-mula aku berbelog, aku masih tak nampak apa yang aku perlu buat dengan belog ini. Aku pernah banyak kali menukar nama belog aku dan aku juga banyak menukar design belog kerana aku cepat bosan dengan design-design sebelum ini.

Honestly, masa mula-mula aku berbelog juga, aku tak tahu nak fokuskan belog aku ini ke arah mana. Aku masih blur masa tu dan mungkin sesetengah korang akan tertanya, macam mana aku boleh terlibat dengan dunia blogger?. Bagi blogger-blogger lain, mungkin minat yang mendalam terhadap penulisan, dan berbelog adalah salah satu cara untuk mengekspresikan perasaan dan ada juga yang memang tanpa di trigger oleh sesiapa untuk berbelog. Tapi aku, banyak dipengaruhi oleh kawan-kawan aku yang rajin berbelog dan wujud dalam dunia belog lebih awal dari aku seperti Kaka, Ryoki, Purplez, Karet, Shasha, Raiza dan juga Nizam. Oleh itu aku pun terikut-ikut dengan mereka-mereka ini, maka terhasillah belog ini dan aku disini nak ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi menjadi antara 10 follower terawal aku. Aku juga nak terima kasih kepada insan yang banyank menyokong aku, Noor Azureen. Thank you so much dear!!

Aku pada mulanya tidaklah selalu mengupdate belog dan jika aku membuat entri terbaru, mereka-mereka inilah yang akan rajin mengomen (baca: komen-komen korang sangat menarik dan kelakar..haha). Oleh kerana aku jarang membuat entri baru, aku punyai sedikit follower dan aku juga tak pandai mempromote belog sendiri sehinggalah 3-4 bulan lepas aku banyak blog walking dan banyak info aku dapat untuk meningkatkan traffic selain menambahkan follower. Cara atau tips untuk mendapatkan traffic juga aku kongsikan di sini, sini, dan juga di sini. Mungkin juga ada beberapa link tips yang aku tak senaraikan. Apa-apa pun aku tetap bersyukur dengan keadaan belog aku sekarang.

Orait! aku rasa cukup kot aku bebel seketika, haha.. Hmm, aku nak buat pengumuman disini, kepada sesiapa yang menjadi follower aku yang ke 100, Insyaallah aku akan membuat satu entri tentang belognya dan aku akan promotekan blognya selama sebulan, dua bulan maybe (baca: tapi belog aku tidaklah popular pun) dan aku juga mungkin akan memberi award kepada beliau.

Thats all for now, Thank you!! Arigatougozaimasu!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...