Saturday, October 30, 2010

Tips Terus Ber'blogging'

Pada entri yang lepas aku ada sharekan 10 perkara tentang seorang blogger di sini dan mendapat pandangan dan sedikit perhatian daripada para blogger dan para blogwalker.. terima kasih. Kali ini aku nak kongsikan pula beberapa tips yang aku jumpa yang aku rasa agak menarik dan perlu dikongsi disini.
Kini, ramai orang yang sudah menjadi blogger dan ada juga yang berjinak-jinak dalam dunia blog ini, memang terdapat pelbagai domain hosting yang boleh digunakan untuk membina blog. Pada pendapat aku, blog ini memang menyeronokkan, cool dan yang paling penting, kita dapat berkongsi pendapat bersama ramai orang diseluruh dunia, tidak kira tempat tapi, asalkan terdapat talian internet lah yer.. Ok, cukup tentang intro, dah cukup panjang kau membebel pagi-pagi hujung minggu ni.. Straight to the point saja..

Kepada para blogger sekalian, dan juga kepada para bakal blogger, aku nak kongsikan beberapa tips untuk terus berada dan hidup dalam dunia blogging.


1) Fokus Dengan Perkara Yang Utama

Apabila sudah menjadi seorang blogger, pelbagai elemen yang perlu di lakukan untuk “menjual diri” atau memberitahu segala karya yang dihasilkan. Ini termasuk lah menulis artikel atau menulis entri, mempromosikan blog, backlink, konfigurasi RSS, melayan pembaca di social bookmark atau dilaman komen, membuat eksperiment untuk menaikkan nilai blog dan bermacam-macam lagi.

Cuba sebaik mungkin melakukan perkara-perkara yang melibatkan blog seperti yang telah dinyatakan td. Ia boleh membantu menaikkan nilai blog anda untuk mendapat lebih ramai pembaca di masa akan datang (traffic). Ia bukan sahaja menaikkan nilai blog anda, malah ia memotivasikan dan menaikkan semangat anda untuk terus berada di dunia blogging.

Jika anda tidak banyak masa dan mungkin blogging adalah kerja sambilan, fokus kepada penulisan post atau artikel. Perkara ini adalah yang paling utama yang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya. Mengapa? Kerana blogging memang memerlukan penghasilan artikel yang berkualiti. Ia berpotensi tinggi untuk menarik lebih ramai pengunjung ke blog anda. Ingat! artikel atau entri yang baguslah yang akan membuatkan blog anda berkembang dengan baik. Nampak lebih natural.

2) Bergembiralah Dengan Blog Anda.

Perkara yang paling penting untuk terus berblogging adalah, “GEMBIRA DENGAN BLOG ANDA SENDIRI.” Anda perlu gembira dengan apa yang anda lakukan. Sentiasa berasa tenang dan tiada tekanan untuk menulis blog. Jika perkara ini tidak berlaku pada anda, ia tidak akan memotivasikan diri anda untuk terus berblogging.

Pilihlah tema blog yang anda suka. Sudah pasti anda akan rasa senang untuk terus menulis dan mengemaskini kandungan blog anda. Berikan lebih fokus kepada blog yang anda sukai. Pasti ia akan memberikan sesuai yang bernilai dan berharga pada anda suatu hari nanti. Tetapi perlu diingat juga, blog memang milik anda, tetapi anda ingin menarik minat pembaca untuk terus setia dengan blog anda, Jadi, tema yang anda pilih perlulah tidak terlalu serabut dan seterusnya menurunkan minat pembaca.

3) Set Target.

Tiada apa yang lebih memotivasikan diri anda untuk terus berblogging JIKA anda tidak meletakkan target untuk blog anda. Apa yang anda mahukan dalam blogging. Jika anda sudah mempunyai satu target jangka masa panjang, JANGAN hanya berangan dan tidak melakukan apa-apa. Usah mengharapkan keajaiban akan berlaku pada masa depan. Letakkan target secara berperingkat – peringkat.

Contohnya :( contoh sahaja yer..)

Pada Tahun ini target utama : Menulis sebanyak 1000 artikel.

Setiap bulan blog anda mesti : Menerima 10000 pengunjung

Setiap Bulan Mesti : Salah satu artikel anda mesti berada di muka surat pertama Google.

Pada hujung tahun ini mesti : Ranking Alexa mesti di bawah 300000.

Ini hanya adalah contoh untuk meletakkan target pada blog anda. Percaya atau tidak, tanpa target ia tidak dapat memotivasikan diri anda untuk terus menulis.

4) Jana Wang Daripada Blogging

Suka atau tidak, kehadiran wang daripada blog boleh memberikan motivasi yang cukup tinggi pada anda. Ia memberikan semangat yang tinggi untuk terus menulis dan menulis. Betul tak? Mungkin anda boleh meletakkan iklan-iklan affiliate yang sesuai dengan blog anda.

Tetapi anda harus percaya dengan berblogging juga boleh menjana wang. Ramai yang sudah membuktikannya. Cuba dapat RM1 yang pertama daripada blog anda. Anda pasti akan lebih bermotivasi dan bersemangat untuk menambah lebih banyak lagi kandungan artikel di blog anda. Lebih banyak artikel, lebih tinggi potensi anda untuk menjana wang daripada blog anda.


Orait.. Itulah beberapa tips yang dapat aku kongsikan, sama-sama berkongsi...

Apa pandangan korang tentang dunia blogging ni? tak susah kan?


P/s: Happy Weekend!!

3 comments:

Ken Wooi said...

nice tips :)

Ezal R said...

sharing is caring =)

Unknown said...

weh...aku da mule bosan ngn blogging...camner tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...