Friday, October 29, 2010

Trend Panggilan Semula Kenderaan

Kenapa sejak akhir-akhir ini banyak sangat syarikat yang memanggil kembali keluaran kereta mereka? Bermula dengan syarikat Toyota, kita memang sangat terkejut dengan jumlah kenderaan yang terpaksa mereka memanggil semula gara-gara kesilapan / kerosakan teknikal yang telah dikesan pada setiap keluaran kenderaan mereka. Boleh dikatakan pemilik kenderaan toyota diseluruh dunia terpaksa menghantar kembali kenderaan mereka. Ini memberi impak yang sangat besar terhadap imej syarikat tersebut.

Baru-baru ini pula, Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) juga mengalami masalah yang sama, mereka terpaksa memanggil semula beberapa model kenderaan yang dihasilkan dari tahun 2004 sehingga 2008. Ini juga telah mengugat imej Proton dimata pengguna di Malaysia. Namun, Proton berjaya menaikkan kembali imej mereka dengan keluaran model-model baru. Syabas diucapkan.


Kali ini giliran pembuat kenderaan yang berasal dari Jepun pula mengalami masalah dengan keluaran kenderaan mereka iaitu Nissan. Dikatakan 4 model keluaran mereka terpaksa dipanggil semula dengan anggaran jumlah kenderaan ialah 2.1 juta kenderaan diseluruh dunia.
Antara model-model tersebut ialah Nissan Latio, Nissan Serena, Nissan Navara dan Nissan Sylphy.




Latio



Serena

Navara

Sylphy

Ini adalah petikan dari akhbar Berita Harian

KUALA LUMPUR: Nissan Serena, Navara, Sylphy dan Latio, yang dijual oleh Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), tidak terjejas oleh panggilan semula sejumlah 2.1 juta kenderaan Nissan di seluruh dunia.

“Bagaimanapun, ia berkata, terdapat kemungkinan hanya beberapa unit Nissan March yang diimport sepenuhnya, yang dijual oleh ETCM, mungkin terbabit dalam panggilan semula itu,” kata syarikat berkenaan dalam satu kenyataan hari ini.

ETCM berkata, kempen perkhidmatan selamat sudah diaktifkan untuk semua model Nissan March, yang dijual di Malaysia, dan pemiliknya dinasihatkan membawa kereta masing-masing ke Pusat Perkhidmatan Auto Express Tan Chong Express untuk pemeriksaan.

Semua kos buruh dan alat ganti untuk pemeriksaan keselamatan itu adalah percuma. - BERNAMA

p/s : sekali panggil dorang rugi berapa juta ek? (mari fikir-fikirkan)
rasa-rasanya lebih baik rugi masa ini daripada terus hilang keyakinan pengguna

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...