Ramai yang tahu bahawa otak kiri dan kanan berfungsi untuk tugasan yang berbeza. Namun, ramai juga yang bertanya kepada saya persoalan berikut "buktikan kepada saya bahawa otak kiri dan otak kanan menjalankan tugas berbeza. Saya tak nampak pun perbezaannya. Teori sahaja... buktikan secara praktikal". Betul jugak kn...
.
Ramai pakar motivasi sama ada yang terkenal atau tidak dikenali, sama ada yang menjadi selebriti (ikon TV) atau yang senyap sunyi... hanya pandai bercakap sahaja, tetapi tidak pernah membuktikannya kepada umum bahawa otak kiri dan kanan menjalankan tugas berbeza. Persoalannya bagaimana otak kanan dan kiri berbeza??
.
Aku nk tunjukkan kepada korang satu perspektif yang mana otak kiri dan kanan menjalankan tugas yang berbeza. Di dalam gambarajah di bawah, korang dimohon MEMBACA WARNA dan bukannya TULISAN. Contoh: Perkataan pertama dibaca sebagai Green dan bukannya ejaan tulisan sebagai Yellow. Dan, begitulah seterusnya...
.
.Untuk pengetahuan korang... ramai yang tersangkut (mengalami kesukaran) apabila membaca warna hingga ke barisan ketiga. Mengapa? Otak kanan membaca warna, tp otak kiri cuba membaca perkataan (mengeja huruf-huruf). Ini membuktikan fungsi yang berbeza dilaksanakan oleh kedua-dua belah otak.
5 comments:
yes..btol 2..
owg da try dlu..
sgt mencabar...
heheh..
ak buta warna.... ang DISKRIMINASI!!!!!! huh!!
majok sehari!!!
akhirnye hg mengaku gak ek..
hahahah
oohh.... baca ejaan tapi tak baca warna...then baru perasan baca color daaa...
hahaa.. tu la salah satu bukti yg senang kita dapatkan..
Post a Comment