Tuesday, March 30, 2010
F1 : Massa Mula Intai Gelaran Juara Dunia
LONDON - Pemandu Ferrari, Felipe Massa mula memasang impian untuk memenangi gelaran juara dunia selepas menamatkan saingan di tempat ketiga pada Grand Prix (GP) Australia kelmarin.
Kejayaan menaiki podium buat kali kedua berturut-turut musim ini memberikan satu permulaan yang baik dalam kariernya sebagai pemandu Formula Satu (F1) itu.
Massa yang pulih daripada kecederaan yang hampir meragut nyawanya pada GP Hungary musim lepas mula mempamer prestasi terbaiknya pada dua perlumbaan awal F1 musim ini.
Selepas muncul naib juara pada GP Bahrain, pemandu Brazil itu berjaya membayangi kehebatan rakan sepasukannya, Fernando Alonso untuk memenangi tempat ketiga GP Australia.
"Saya bermula dengan baik, tanpa masalah dan saya lihat banyak jentera terutamanya Fernando dan (Mark) Webber mengalami masalah," kata Massa.
"Saya memintas mereka dengan baik. Saya sangat gembira dengan permulaan saingan ini dan keseluruhan perlumbaan juga sangat mencabar, litar sangat licin dan jentera pula selalu terbabas.
"Pencapaian terbaik saya di GP Australia sebelum ini ialah di tempat ketujuh dan pada 2007, saya menghadapi masalah pada kelayakan masa dan bermula di petak terakhir.
"Dari segi kepantasan, ia bukanlah pencapaian terbaik saya dan kami agak ketinggalan di hentian pit dan juga di atas litar kerana beberapa kesilapan, jadi amat luar biasa untuk mencatat kejayaan di tempat kedua dan ketiga dalam dua perlumbaan awal.
"Kami sedar betapa pentingnya kejayaan ini dalam perebutan kejuaraan dan pada musim lepas saya gagal menyumbang banyak mata seperti saya lakukan sekarang.
"Pasukan ini menjalankan tugas dengan baik hari ini (kelmarin) dan saya sangat gembira untuk menamatkan perlumbaan mencabar seperti ini di tempat ketiga." - Agensi
p/s : credit to kosmo!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment