Tuesday, March 09, 2010

Khasiat Taugeh/Tauge

Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis) .

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda (baca:kelihatan muda).

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.


Jadi sekarang apa lagi, jangan ragu-ragu untuk mengambil sayur taugeh lepas ini dan jom kita ramai-ramai makan tauge hari-hari...makanan kena ambil yang healthy-healthy saja ok??





7 comments:

Anonymous said...

ha.. bagus2... mulai hari ni, kite kene makan tauge slalu.. mesti tingkatkan kesuburan.. barulah produktif.. hahaha... xdelah.. silap2... barulah kesihatan terjamin... xdelah sakit2 slalu... dapat avoid kanser, sakit jantung... ha, i.Allah panjang umur.. Amin..

+ cik nieza + said...

wahaha...
udah bewajah baru...
chantekchantek..
taniah buat abg ezal kuh..
huhuh..

Lyapunov said...

owwhooo..patot la toge tu bentuk dia cm sperm ja..haha...

pasnih aku nak makan toge byk2 la.. :)

Ezal R said...

cik nieza,
thank u, thank u.....
hahha

Lyapunov aka wan,
xsenonoh tol ayat hg...haha
alaa..mcm la hg mkn, we'll see

PurPlez said...

lyapunov,
sila mkn tauge bebyk tw!

kel said...

aku nk makan sayur berbentu ovum la! ;p

Ezal R said...

sayur ape tu yg berbentuk ovum???
nk gak taw ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...