Tuesday, March 16, 2010

Tips: Perasaan Rindu



Rindu...


Aku yakin anda semua biasa mengalami perasaan rindu terutamanya apabila anda bersendirian. Tak kiralah rindu terhadap apa-apa pun, rindu kt orang ke, rindu kt kampung halaman ke, rindu kat pets seperti kucing, hamster atau pon lembu kesayangan, yg penting rindulah. Perasan rindu ini boleh kita cuba elakkan dengan beberapa tips kat bawah ini:-

Pertama Jangan terlalu kerap menghubungi individu yang dirindui. Ini bagi mengurangkan tahap sayang terhadap individu terbabit.(kalau rindu pets? lembu ada handset ke?..hehe, ok2! serius!)
Kedua Sentiasa menyibukkan diri dengan aktiviti luar. Dengan melakukan aktiviti luar sedikit sebanyak kerinduaan terhadap seseorang itu dapat dikurangkan.
Ketiga Terdapat juga kes-kes mereka yang merindui orang yang telah pergi meninggalkan diri. Kita seeloknya patut lebih realistik dengan kehidupan. Cuba-cubalah mencari rakan-rakan yang baru bagi menggantikan yang telah pergi.
Keempat Bagi mereka yang belajar di luar negara sudah semestinya rindu pada kampung halaman menjadi sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Banyak-banyakkan berjalan dan melihat dunia ciptaan ALlah yang luas ini.
Kelima Berdoa dan sentiasa ingat kepada Tuhan. Bagi yang beragama Islam amat-amatlah digalakkan untuk beribadat samada solat, membaca Al-QUran, berdoa dan sebagainya. Ini sudah semestinya cara yang efektik dan sentiasalah merinduiNya… AMIN..
and the last but not least;
Keenam Mencari hobi yang mampu mengisi kekosongan perasaan rindu. Anda boleh mencuba banyak hobi seperti melukis, menulis, origami dan sebagainya.(kalau boleh, buat la benda-benda yg berfaedah ye)

Harap kita sama-sama mendapat dari tips-tips tadi yer..
Oppss!! Terjiwang la pulak kali ni..hehe

1 comment:

+ cik nieza + said...

en.ezal rindu sape 2????
huhu..
rindu org jauh yek...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...