Friday, April 30, 2010

Bawak kereta elok-elok

KETIKA memandu di jalan raya, kita perlu menerapkan satu perkara yang paling asas di fikiran. Kita tidak keseorangan. Jalan raya adalah tempat yang digunakan secara bersama, maka sama ada anda memandu sebuah kereta murah atau berharga berjuta-juta ringgit, ia merupakan lorong yang kita semua wajib patuhi.

Jalan raya direka dengan sistem dan undang-undang. Kenderaan juga begitu, datang dengan sistem. Jadi apabila sistem tidak dipatuhi, maka kepincangan seperti kemalangan dan kesesakan akan terjadi.

Nilai sendiri kualiti pemanduan anda. Setiap orang memiliki daya kepekaan berbeza sewaktu memandu. Ada orang yang tidak pernah mengalami kemalangan walaupun jarang memandu perlahan. Ramai juga yang keretanya calar balar biarpun memandu pada posisi seperti mencium stereng. Perbezaannya adalah kepekaan dan teknik memandu.

Adakah anda sering menjadi sasaran kemarahan pemandu lain atau adakah anda sering diekori rapat ketika memandu dan dihala dengan lampu tinggi?

Jika semua ini berlaku, ini bermakna memang ada yang tidak kena dengan gaya pemanduan anda. Satu perkara penting yang harus diingat, ketika memandu anda harus memastikan setiap pergerakan dapat dijangka oleh pemandu lain.

Pandu secara konsisten

Pastikan anda memandu secara konsisten, tidak kiralah agresif atau tidak. Ini perlakuan yang baik bagi membantu pemandu lain menjangka pergerakan anda.

Banyak padahnya jika tidak memandu dengan konsisten, atau dengan kata lain memandu seperti orang yang tiada pedoman. Sekejap laju, sekejap perlahan. Ini konsep yang penting dan harus diamalkan bagi mengelakkan pemandu lain di sekeliling tidak terkejut dengan perubahan perilaku pemanduan anda.

Kelajuan yang betul

Sebagai contoh, jika had kelajuan di lebuh raya ialah 90km/j dan majoriti pemandu lain memandu di antara 90 hingga 110 km/j, janganlah anda memandu 90km/j di lorong paling kanan. Beredar ke lorong tengah atau ke lorong paling kiri jika anda tidak berminat untuk menyamai kelajuan pemandu lain.


KEMALANGAN jalan raya antara penyumbang utama kematian di seluruh dunia.


Beri isyarat jika anda terpaksa memandu perlahan kerana hendak mencari sesuatu lokasi atau kereta mengalami masalah mekanikal. Dengan memberi isyarat, pemandu lain akan faham dan seboleh-bolehnya beri laluan kepada kenderaan lain di belakang.

Jika kereta lain masih sukar untuk melepasi anda kerana keadaan trafik, sentiasalah mencari peluang atau posisi yang sesuai untuk membolehkan kereta lain memintas dan meneruskan perjalanan dengan lancar.

Jangan mengekori kenderaan di hadapan terlalu rapat. Jika kereta di hadapan tidak memberi laluan dan kereta dari arah bertentangan tidak putus-putus, sebagai pilihan terakhir, kembali ke jarak selamat dan beri lampu tinggi secara sopan (jangan dinyalakan berkali-kali).

Pemandu di hadapan mungkin akan faham dan bertimbang rasa untuk memberi laluan kepada anda. Jika anda pula berada dalam keadaan dirapati oleh kenderaan belakang, anda dinasihatkan untuk memberi laluan.

Guna cermin sisi

Cermin sisi direka untuk melihat ke belakang. Gunakan cermin sisi, cermin pandang belakang dan melihat titik buta (blindspot) sebelum memotong. Ini kerana mungkin ada kenderaan di belakang anda yang sedang memotong dalam kelajuan tinggi. Beri laluan kepada mereka dahulu. Apabila selesai mereka memotong, barulah anda meneruskan pemanduan di lorong kanan.

Lampu isyarat jangan lupa

Menggunakan lampu isyarat untuk menunjukkan ke mana arah anda supaya pergerakan tidak mendatangkan kejutan kepada pemandu lain. Seelok-eloknya bagi isyarat lebih awal, terutama dalam keadaan trafik yang sibuk. Jangan sudah hampir memasuki simpang, baru hendak memberi signal atau suka-suka bertukar lorong tanpa melihat kenderaan di belakang.

Brek dengan perlahan

Jika anda perlu membrek, tekan dengan perlahan-lahan. Bagi amaran awal kepada pemandu di belakang. Sebagai anggaran untuk masa membrek yang praktikal, lihat kereta selang kereta di hadapan anda. Membrek secara mengejut merupakan perbuatan berbahaya.

Jika keadaan trafik memaksa anda membrek secara mengejut (kemalangan atau sebagainya) cuba cari ruang lega di hadapan agar kenderaan di belakang anda mempunyai masa yang cukup untuk membrek.

Memecut pada masanya.

Memecutlah di tempat sepatutnya seperti apabila lampu isyarat bertukar hijau atau ketika giliran anda di simpang bertanda berhenti.

Ia membantu mempercepatkan kelancaran trafik. Sebaik lampu bertukar hijau, bersedia dengan kedudukan gear dan kemudian terus bergerak. Jangan 5 saat sudah lampu trafik bertukar hijau baru terkial-kial mencari tuil gear.

Jika hendak memasuki trafik yang sedang bergerak, anggar dengan baik dan pantas masuk ke dalamnya. Jadi, anda tidak memaksa pemandu dari belakang menekan brek. Cuba bersabar, tunggu ruang yang agak luas dan terus masuk dengan pantas.

Berhenti di tempat sepatutnya

Tiada faedah berhenti melebihi garisan. Ini hanya boleh menyusahkan kenderaan lain dan mungkin alat pengesan lampu isyarat juga tidak dapat mengesan anda.

Di persimpangan jalan raya dengan saiz jalan yang terhad, anda hanya menjadi penghalang kepada kenderaan dari simpang bersebelahan. Ia akhirnya akan memperlahankan trafik secara keseluruhan.

Jangan berhenti di tengah jalan tanpa tujuan. Jika terpaksa berhenti di bahu jalan, berikan isyarat dan bukannya berhenti sesuka hati.


PEMANDUAN berhemah dapat menyelamatkan anda dan orang tersayang.


Beretika

Jika berada di lebuh raya yang sedang sesak, pilih lorong anda dan tetap di situ. Jangan terlalu kerap bertukar lorong kerana ia tidak membuatkan anda lebih pantas menuju ke destinasi.

Sebaliknya, ia membuatkan keadaan trafik bertambah teruk. Jika kenderaan di lorong sebelah kanan anda dipandu laju melepasi anda, tidak perlu anda meningkatkan kelajuan kerana hendak menunjuk-nunjuk.

Jangan memotong ikut kiri. Ini perlakuan yang berbahaya dan dikategori kurang sopan ketika lebuh raya sesak dan biasa dilihat pada musim perayaan.

Selain menyalahi undang-undang, ia berbahaya kepada kenderaan lain yang berhenti di lorong kecemasan kerana rosak.

Lampu kecemasan

Lampu kecemasan (hazard light) adalah untuk kecemasan. Ia digunakan ketika kenderaan berhenti, bukannya ketika sedang bergerak. Bukan sama sekali digunakan ketika hujan. Ketika hujan, pasang lampu utama. Walaupun pihak berkuasa selalu menggunakan lampu kecemasan ketika mengiringi konvoi, jangan sesekali anda menyalakan lampu itu ketika anda berkonvoi.

Anda tidak kacak untuk berbuat begitu dan hanya membahayakan pengguna lain.

Bayangkan anda menyalakan lampu kecemasan ketika hujan kemudian perlu masuk ke simpang kiri. Jadi bagaimana?


*Source Kosmo!



Thursday, April 29, 2010

Malaysian Funniest

Sejak bila US guna muka Obama dalam matawang nih??

Minum susu untuk menguatkan tulang!

Mat rempit kalah macam ni...

Konpem Pencuri tak lalu depan rumah..

Penguin Malaysia (Gurun, Kedah)

Rumah contoh terbaik

Kereta polis mana ni?

Tak boleh tinggi lagi ker uncle?

Siapalah yang patahkn kerusi roda ni?

Sangkar Ayam ker?

Tak lenguh ke pak cik ni? heran-heran

Tunggu siapa tu?

Awas!!
Kampung paling bahaya!!

Hahaha...Malaysia, macam-macam ada...



Sakit mental

Pertama:
Anda sentiasa menghadapi masalah untuk bangun tidur...

Kedua:
Tengkuk anda sentiasa berasa sakit dan sukar untuk memusingkan kepala....

Ketiga:
Rambut anda sentiasa kusut masai walaupun telah mandi menggunakan syampu terbaik....

Keempat:
Kepala anda sentiasa berasa pening dan berasa seperti berada di awang-awangan.....

Kelima:
Berat anda akan terus meningkat walaupun telah melakukan pelbagai usaha keras untuk mengurangkan berat badan....

Keenam:
Anda sentiasa berasa letih yang amat dan sering mengeliat.....

Ketujuh:
Anda sentiasa berasa fikiran anda terlalu sempit....

Kelapan:
Anda sentiasa berasa diri anda terlalu kerdil dan selalu dipermainkan....

Kesembilan:
Bos sentiasa marah dengan anda......

Kesepuluh:
Anda sentiasa basah kuyup ketika keluar makan tengahari walaupun berpayung...

Kesebelas:
Anda selalu berasa letih yang amat sangat.....

Keduabelas:
Anda akan berasa tersepit setiap masa...

Ketigabelas:
Anda sentiasa berasa kehadiran tetamu asing....

Keempatbelas:
Anda sentiasa berasa seperti hendak demam,selsema serta kepala berasa panas....

Kelimabelas:
Anda berasa seperti keseorangan dan berasa amat takut...seperti ada sesuatu dalam rumah anda...

Wednesday, April 28, 2010

Dua Kalimah Syahadah


Ada satu famili.
Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap.

Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap. Dalam gabra itu, dia pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil
berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la.."


*MORAL: Biasakan mengucap dua kalimah syahadah, sekurang-kurangnya ketika solat. (siapa yang solat jer la..)

kucing pengsan setelah menghidu bau kasut...kasut siapa tu??
da berapa tahun tak cuci??


*sorry..gambar tidak ada kena mengena dgn tajuk..hahah

TANTRA TOTEM

Kita mungkin tidak mempercayainya, tapi ia merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!

Kita mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!


PERTAMA:
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.


KEDUA:
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.


KETIGA:
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu


KEEMPAT:
Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.


KELIMA:
Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.


KEENAM:
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.


KETUJUH:
Percayailah cinta pandang pertama.


KELAPAN:
Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.


KESEMBILAN:
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.


KESEPULUH:
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.


KESEBELAS:
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.


KEDUABELAS:
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.


KETIGABELAS:
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'


KEEMPATBELAS:
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.


KELIMABELAS:
Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.


KEENAMBELAS:
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.


KETUJUHBELAS:
Berpeganglah kepada tiga R:

1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda


KELAPANBELAS:
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.


KESEMBILANBELAS:
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.


KEDUAPULUH:
Senyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar....


KEDUAPULUH SATU:
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.




*Hanya sekadar suka-suka....

Saturday, April 24, 2010

Makan Aiskrim Hujung Minggu


TIDAK perlu gusar bagaimana untuk menceriakan hujung minggu anda kerana Wall's ada jawapannya. Kali ini, Wall's membawakan aneka pilihan aiskrim baru untuk meraikan saat-saat manis anda bersama yang tersayang.

Rangkaian Wall's Selection Signature baru itu terdapat dalam pek keluarga yang mudah dibawa dan dipenuhi dengan campuran kekacang, biskut dan marshmallow yang menambah kelazatan.

Ia boleh didapati dalam tiga resipi aiskrim kegemaran sepanjang zaman -
i - Double Dutch,
ii- Very Rocky Road dan
iii - Cookies n' Cream.

Setiap sudu ais krim menjanjikan kelazatan yang pasti menambat selera semua peminat aiskrim.

Wall's Selection Double Dutch merupakan pilihan yang cukup sempurna untuk mereka yang gemarkan kelembutan rasa vanila. Sos coklat pekat dan marshmallow menambah lagi kelazatan aiskrim vanila yang lemak berkrim ini.

Bagi peminat coklat yang tidak boleh hidup tanpa coklat, Wall's Selection Very Rocky Road pasti akan menceriakan hari anda. Aiskrim coklat yang menyelerakan itu diadun dengan marshmallow lembut dan kekacang rangup serta cip coklat yang lazat.

Wall's juga menyediakan aiskrim istimewa yang menggabungkan biskut dan krim. Wall's Selection Cookies n' Cream menawarkan keenakan istimewa gabungan aiskrim vanila dan cebisan biskut enak yang rangup dikunyah.

Wall's Selection Signature baru boleh didapati di semua pasar raya di seluruh negara pada harga RM10 bagi setiap pek.

Jom ramai-ramai makan aiskrim....sedap-sedap...

*source: kosmo!


Kenapa manusia perlu berubah?



"Pengalaman adalah guru yang kejam sebab ia menguji terdahulu, kemudian baru ia memberi pengajaran"
- Vernon sanders Law
(pemain besball terkenal)


Kepada semua orang, masa yang paling indah adalah ketika zaman remaja, kisah suka atau duka, semua saat itu diiringi pelbagai kenangan yang sukar dilupakan. Sesiapa pun tidak dapat menafikan hakikat tersebut.

Zaman remaja menjadi satu fasa hidup yang paling mencabar, remaja yang tersalah memilih hidup dan terlalu alpa atau leka mengejar keseronokan hidup mungkin berhadapan dengan masalah dan keburukan. Di Malaysia, ramai yang sudah maklum tentang isu remaja hari ini seperti ponteng sekolah, mencuri, gagal dalam peperiksaan, lari dari rumah, sehingga membunuh termasuklah isu yang agak hangat diperkatakan sekarang, rempit.

Seharusnya kita perlu mengambil iktibar daripada apa yang terjadi dalam hidup atau apa yang terjadi disekeliling kita. Paling penting adalah kesediaan diri untuk berubah untuk masa depan yang lebih cerah.

Untuk post kali ini, aku menyenaraikan beberapa tips yang boleh membantu kita untuk melakukan anjakan paradigma dalam diri.


1. Niat
Bak kata member aku "Niat itu penting! apa-apa pun, yang penting niat!"
Tidak kira apa jua kita lakukan, niat adalah perkara utama. Ketika solat pun perlu dimulakan dengan niat. Ia juga boleh dikatakan azam dalam diri seseorang dan tanpanya kita akan hilang arah tujuan. percayalah bahawa niat yang baik akan sentiasa mendapat pertolongan daripada Yang Maha Kuasa.


2. Kenali diri sendiri
Kita harus mengetahui potensi kita sendiri. Kebanyakan daripada kita tidak mengetahui apakah kelebihan yang kita miliki dan dalam masa yang sama masih mencari identiti (kalau pandai mengumpat ke mengata ke atau memiliki sesuatu yang lain dari orang lain, itu bukanlah kelebihan yang posotif yer). Ia merupakan masalah yang biasa yang dihadapi fasa perkembangan manusia (manusia sahaja ok? bukan binatang ke apa ke, tak termasuk, harap maklum). Jadi kita perlu senaraikan kelebihan dan kekurangan yang ada pada kita dan lebihkan muhasabah diri. Anda pasti akan mengetahui potensi diri sendiri.


3. Tetapkan matlamat
Dalam meletakkan sesuatu matlamat atau impian, pastikan ia realistik agar mudah dicapai. Janganlah kita menetapkan sesuatu yang sukar seperti ada seorang rakan aku, dia ingin mempunyai kereta prototype BMW yang tak tentu dikeluarkan atau tidak..hehehe). Penetapan Matlamat yang tidak relevan dan sukar hanya akan menjadikan diri anda terbeban seterusnya berdepan dengak konflik yang tidak sudah. Untuk sesetengah orang, mereka perlu menyediakan diari matlamat dengan menulis deskripsi matlamat mereka, rancangan tindakan yang sesuai dan bila mahukan ia tercapai. Semua bergantung kepada setiap individu, lain orang, lain cara.


4. Buang persepsi yang salah atau berfikiran negatif
Sentiasa anggap sesuatu yang telah dialami mempunyai maksud dan hikmah tersendiri. Jangan berfikaran sempit dan menyalahkan takdir atas setiap peristiwa yang telah kita harungi. Ini akan menjadikan kita seorang yang berfikir dan secara tidak langsung memberi kita motivasi untuk terus maju.


5. Hentikan perkataan negatif
Orang yang hebat adalah orang yang menilai sesuatu perkara sebelum berkata. Orang hebat juga tidak pernah berkata "Tidak". Ini kerana setiap perkataan itu menjadi tenaga dan motivasi kepada diri sendiri. Maka, berfikirlah dengan matang dan positif. Kita juga perlu melatih diri kita untuk menggunakan perkataan yang mampu membangkitkan aura dalaman kita.


6. Pedulikan apa kata orang
Kata-kata seorang member aku; "Ada aku kesah?".
Untuk berubah, pasti banyak dugaannya. Hidup tanpa cabaran bukanlah kehidupan namanya. Sentiasa ingat bahawa bukan orang lain yang mengubah nasib kita tapi diri kita sendiri. Orang akan berkata apa sahaja jika kita ingin berjaya, namun tetapkan jati diri kita untuk terus mencapai kejayaan.


7. Membaca kisah orang yang berjaya
Dengan menjadikan buku sebagai rakan karib, ia bukan sahaja menambah intelektual, malah meningkatkan daya imaginasi kita. Namun, harus dipastikan apa sahaja buku yang kita baca melalui tapisan akal fikiran bagi menjana pengetahuan dan bukannya input yang membuatkan kita terus leka. Dekatilah tokoh-tokoh yang berjaya dan cuba hadiri ceramah motivasi bagi meningkatkan keinginan untuk berjaya (pastikan bukan ceramah politik yer, kalau tidak lingkup jer matlamat kita..heheh). Jika malas sekalipun, jadikan model buku yang kita baca itu sebagai pendorong kita seperti A Tribute To Dr. Mahathir Mohamad. Tapi ingat, ambil yang positif sahaja dan realistik dengan kehidupan kita.


Jadi, harap entri ini dapat memberi sedikit input kepada kita semua..Marilah kita sama-sam berubah kearah kebaikan , untuk masa depan yang cerah...opp!! terskema sudah...heheheh



Tuesday, April 20, 2010

Member Aku Lesbian??

ALERT!!!


ALERT!!!


ALERT!!!


ALERT!!!


ALERT!!!


ALERT!!!


Sila baca petikan dari hasil berYM bersama member aku yang membuat kenyataan panas di bawah:



Kenyataan panas!! pertama

Kenyataan Panas!! Kedua


Hah!! sungguh terkejut bila member aku yang hampir 3 tahun aku kenal (2 tahun jer pun) membuat kenyataan seperti diatas.
Sungguh aku tak percaya, dari luarannya nampak macam perempuan straight, tp dari dalaman pulak aku tak tahu la..huhu

insaf la wahai rakanku...hahahah

wallahualam....

p/s : kepada member-member perempuan, berhati-hati lah dengan orang ini...
bahaya!!..hehehe

*telah diberi kebenaran dari tuan punya diri untuk dipostkan kt sini...thanx...

Tips Menghadapi Peperiksaan

Khas untuk member-member yang bakal menghadapi peperiksaan akhir semester, tidak kiralah di USM atau kat mana-mana.

Peperiksaan akhir semester sudah bermula dan bagi yang belum bermula, sudahkah anda bersedia untuk menghadapinya? Seandainya belum, mulakanlah ulang kaji dan study daripada sekarang walaupun study last minute. :)

Kali ini,sku akan berkongsi beberapa tips dan panduan menghadapi peperiksaan.

1. Minta restu dan doa daripada ibu bapa.
Restu dan doa amat penting terutamanya daripada seorang ibu. Hal ini kerana doa seorang ibu sangat mustajab dan dimakbulkan oleh Allah. Insya-ALLAH, kita berasa tenang dan mudah serta berasa lapang dada untuk menjawab soalan peperiksaan. Jadi, mintalah restu dan ampun daripada mereka. Buang ego kita untuk buat seketika. Dan ingatlah, tiada manusia yang diciptakan dengan sempurna.

2. Mengajar Orang lain.
Kalau kita pandai dalam sesuatu subjek misalnya statistik gunaan, dan kawan kita minta pertolongan. Hulurkanlah tangan dan ringankan tangan anda untuk mereka. Jangan jadi orang sombong. Orang berilmu bukannya datang daripada orang sombong. Selain itu, sifat orang berilmu adalah menyebarkan apa yang dia tahu walaupun satu ayat. Kita juga mendapat manfaatnya kerana kita akan ingat semula tentang apa yang telah dipelajari dua kali ganda daripada selain doa daripada mereka.

3. Semak Jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari
.

4. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

5. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari , bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

6. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

7. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a) Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

Anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b) Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa minta restu daripada ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c) Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

8. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

9. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.



Di harap dengan panduan tip-tip di atas, kita akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi peperiksaan.


Dilarang membuat aksi seperti ini..hehehe



p/s:
Selamat Menghadapi Peperiksaan!!!
Wish all the best and Good Luck!!



Monday, April 19, 2010

F1 : 1-2 Podium for McLaren

Race winner Jenson Button (GBR) McLaren celebrates in parc ferme. Formula One World Championship, Rd 4, Chinese Grand Prix, Race, Shanghai, China, Sunday, 18 April 2010 Jump starter Fernando Alonso (ESP) Ferrari F10 leads at the start of the race. Formula One World Championship, Rd 4, Chinese Grand Prix, Race, Shanghai, China, Sunday, 18 April 2010 Race winner Jenson Button (GBR) McLaren MP4/25 takes the chequered flag at the end of the race. Formula One World Championship, Rd 4, Chinese Grand Prix, Race, Shanghai, China, Sunday, 18 April 2010

Jenson Button won a nail-biting Chinese Grand Prix for McLaren on Sunday afternoon, with team mate Lewis Hamilton chasing him home second after a race of many parts.

It began with light rain, a jump start by Fernando Alonso’s Ferrari and an incident in the first corner when Vitantonio Liuzzi spun his Force India into Kamui Kobayashi’s BMW Sauber and Sebastien Buemi’s Toro Rosso, bringing out the safety car.

Alonso, and the chasing Red Bulls of Mark Webber and Sebastian Vettel immediately pitted to switch from slicks to wet tyres, leaving Nico Rosberg in the lead for Mercedes GP from Button. As racing resumed on the sixth lap these two continued to lead, chased by Renault’s Robert Kubica and, briefly until his BMW Sauber’s Ferrari engine broke, Pedro de la Rosa, all of them on Bridgestones slicks.

Further back, Hamilton had taken the late decision to switch to wet tyres, but three laps later it was time for slicks again. This time as they headed for the pits, Vettel and Hamilton had an incident where the Englishman passed the German on the entry; as they left their respective pits both got sideways, and there was a question mark over whether Hamilton was released into his rival’s path. Then Vettel appeared to move over on Hamilton, pushing him towards other team’s pits. After speaking to both drivers, reviewing video evidence and debating the matter, the race stewards decided to reprimand both Hamilton and Vettel for driving in a dangerous manner.

Back out on the track, Hamilton then dished out a driving lesson to Vettel, passing him with ease as he outfoxed both Red Bulls in one move on Lap 12.

At that stage Rosberg had a 2.9s lead over Button, who was biding his time. The 2009 champion made a mistake on the 18th lap that saw Rosberg increase his lead to 4.5s, but a lap later it was the German’s turn to err, as he slid off in the final corner and handed the lead to Button.

Rosberg’s error had been caused by heavier rain, and that triggered yet more wholesale pit stops on the 20th lap as Button, Rosberg, Kubica, the Pole’s impressive team mate Vitaly Petrov, Hamilton and Vettel all piled in for intermediate rain tyres, joining Mercedes GP’s Michael Schumacher, Webber, Toro Rosso’s Jaime Alguersuari, Force India’s Adrian Sutil, Ferrari’s Felipe Massa and Fernando Alonso who had all stopped the previous lap.

But just as it seemed things might settle down there came another dramatic twist as the safety car was deployed again on the 21st lap. Alguersuari had gone off in his Toro Rosso, damaging the nose wing and leaving debris on the racing line. In a flash Button’s lead was wiped out, as was Hamilton’s 40s deficit to the leaders.

The safety car pulled in on the 25th lap, but there was a huge traffic jam at the end of the back straight as Button backed up the field so much that Hamilton actually had to pull off on to the grass to avoid hitting Webber right in front of him. The Australian then got hung out to dry on the exit to the final corner, so that he had dropped from sixth to 11th place by the time he crossed the line.

As half distance approached, Button led Rosberg by a second, with Hamilton fast closing on his old sparring partner Kubica for third. The tough Pole had resisted him in Melbourne, but here the McLaren’s straight-line pace sealed the issue in Hamilton’s favour on the 29th lap, and soon Hamilton was giving Rosberg a hard time.

Now he was himself only 4.7s adrift of Button and scented victory. On Lap 34 he pulled the same move on Rosberg that had earlier embarrassed Schumacher, but to everyone’s surprise Rosberg fought back and repassed the McLaren. That was the moment in which Hamilton lost his chance of victory, as Button’s lead over him stretched from 4.6s to 6.2s within a lap.

Hamilton did the smart thing on Lap 37, switching to another set of fresh intermediate rain tyres, before Button, Rosberg and Alonso did likewise a lap later. In the stops Hamilton had overtaken Rosberg, and now it was mano a mano between the McLaren drivers. To begin with Button pulled away, opening his lead to as much as 9.9s, but as his tyres lost their edge Hamilton moved in again, and a major mistake by Button at the hairpin on Lap 51 left him tiptoeing home to the flag just 1.5s ahead.

Behind Rosberg, Alonso drove beautifully to recover to fourth place ahead of Kubica and Vettel, with Petrov doing a great job for Renault to catch and pass Alguersuari and Schumacher to take seventh ahead of Webber, with Massa finally passing Schumacher at the end.

Sutil was 11th from Williams’ Rubens Barrichello, Alguersuari, Lotus’s Heikki Kovalainen, Nico Hulkenberg in the second Williams, who’d had to avoid the first corner melee, and the reliable HRTs of Bruno Senna and Karun Chandhok.

Joining Liuzzi, Kobayashi, Buemi and De la Rosa in retirement were Timo Glock, whose Virgin was pushed from the grid and did not start, and his team mate Lucas di Grassi who was to have started from the pit lane but only did so for a while after the race had started. Lotus’s Jarno Trulli also had a truncated race, and did not make the finish.

McLaren’s first one-two of the season puts the reigning champion back on top with 60 points, followed by Rosberg on 50, Alonso and Hamilton on 49, Vettel on 46, Massa on 41 and Kubica on 40.

In the constructors’ stakes, McLaren have 109 points to Ferrari’s 90, Red Bull’s 73, Mercedes GP’s 60 and Renault’s 46.

Sebastian Vettel (GER) Red Bull Racing RB6 and Lewis Hamilton (GBR) McLaren MP4/25 battle down the pit lane. Formula One World Championship, Rd 4, Chinese Grand Prix, Race, Shanghai, China, Sunday, 18 April 2010 Pedro De La Rosa (ESP) BMW Sauber C29. Formula One World Championship, Rd 4, Chinese Grand Prix, Race, Shanghai, China, Sunday, 18 April 2010

source : http://www.formula1.com/




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...