Monday, April 05, 2010
F1 : Podium 1-2 Red Bull
TUAH akhirnya memihak kepada Sebastian Vettel apabila pemandu Red Bull Racing itu berjaya mengecapi kejayaan sulungnya dalam perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini dengan menjuarai Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Sepang semalam.
Selepas kecewa pada dua perlumbaan awal musim (GP Bahrain dan Australia) berikutan masalah teknikal, Vettel akhirnya mencatat kejayaan dinanti- nantikannya itu.
Sebaik sahaja memintas rakan sepasukannya, Mark Webber pada selekoh pertama se- awal pusingan pertama, pemandu muda kelahiran Jerman ini tidak lagi menoleh ke belakang.
Webber pula meneruskan penguasaan Red Bull di Litar Sepang dengan menamatkan saingan di tempat kedua, sekali gus menghadiahkan kejayaan 1-2 pertama buat Red Bull musim ini.
Lebih menarik, kejayaan 1-2 Red Bull itu juga bagai- kan amaran awal buat pasukan handalan lain seperti Ferrari, McLaren dan Mercedes GP.
"Terima kasih kepada seluruh kru pasukan ini kerana di atas usaha mereka, saya berjaya mengecapi kejayaan pertama di Malaysia," kata Vettel selepas mencatat 1 jam 33:48.412 saat dalam 56 pusingan semalam.
"Kami sememangnya tidak begitu panik apabila gagal dalam dua saingan awal kerana musim ini masih lagi panjang. Bagaimanapun, untuk menang di Malay- sia dalam cuaca yang panas dan mencabar ini, ia satu perasaan yang istimewa.
PEMANDU Red Bull, Webber (kiri) dan Vettel mencatat kemenangan 1-2 pada GP Malaysia di Litar sepang semalam.
"Mark pula berjaya menduduki tempat kedua dan ia satu bonus buat kami kerana ia memberi banyak mata kepada pasukan. Saya sangat gembira dengan kejayaan kami."
Webber pula berkata: "Walaupun gagal muncul juara tetapi kejayaan menduduki tempat kedua sudah dianggap baik. Kami telah membuktikan penguasaan Red Bull dalam sai- ngan musim ini.
"Saya mahu mengucapkan tahniah kepada Sebastian kerana berjaya muncul juara pada perlumbaan kali ini," kata Webber yang bermula di petak hadapan pada perlumbaan akhir semalam.
Pemandu Mercedes GP, Nico Rosberg yang bermula di petak kedua pula memenangi tempat ketiga selepas mencatat masa 1:34: 01.916s.
Tempat keempat dan kelima masing-masing milik pemandu Renault, Robert Kubica dan Ad- rian Sutil dari pasukan Force India yang berjaya mengatasi juara dunia 2008, Lewis Hamil- ton (McLaren) di tempat keenam.
source from kosmo.com.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment