Saturday, April 24, 2010

Makan Aiskrim Hujung Minggu


TIDAK perlu gusar bagaimana untuk menceriakan hujung minggu anda kerana Wall's ada jawapannya. Kali ini, Wall's membawakan aneka pilihan aiskrim baru untuk meraikan saat-saat manis anda bersama yang tersayang.

Rangkaian Wall's Selection Signature baru itu terdapat dalam pek keluarga yang mudah dibawa dan dipenuhi dengan campuran kekacang, biskut dan marshmallow yang menambah kelazatan.

Ia boleh didapati dalam tiga resipi aiskrim kegemaran sepanjang zaman -
i - Double Dutch,
ii- Very Rocky Road dan
iii - Cookies n' Cream.

Setiap sudu ais krim menjanjikan kelazatan yang pasti menambat selera semua peminat aiskrim.

Wall's Selection Double Dutch merupakan pilihan yang cukup sempurna untuk mereka yang gemarkan kelembutan rasa vanila. Sos coklat pekat dan marshmallow menambah lagi kelazatan aiskrim vanila yang lemak berkrim ini.

Bagi peminat coklat yang tidak boleh hidup tanpa coklat, Wall's Selection Very Rocky Road pasti akan menceriakan hari anda. Aiskrim coklat yang menyelerakan itu diadun dengan marshmallow lembut dan kekacang rangup serta cip coklat yang lazat.

Wall's juga menyediakan aiskrim istimewa yang menggabungkan biskut dan krim. Wall's Selection Cookies n' Cream menawarkan keenakan istimewa gabungan aiskrim vanila dan cebisan biskut enak yang rangup dikunyah.

Wall's Selection Signature baru boleh didapati di semua pasar raya di seluruh negara pada harga RM10 bagi setiap pek.

Jom ramai-ramai makan aiskrim....sedap-sedap...

*source: kosmo!


1 comment:

WeEn said...

lor...
yg berkeluarga je ke ley makan aiskrim??
frust!!!!
hahahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...