Wednesday, August 18, 2010

Ada Apa Dengan Sos Prego

Salam Ramadhan...

Penah tak korang dengar orang kita kata tentang bab makan, kita makan dulu tengok kemudian. Korang penah tak makan apa-apa dulu then baru tengok kandungan benda yg kita makan? Contohnya sos cili atau apa-apa sos pun. Penah tak masa kita tengah sedap-sedap makan sambil mencicah sos, kita sedap mengunyah then masa tu la kita belek-belek botol sos tu, kita tengok bahan-bahan die?

Kali ni punya entri kes macam ni la...tapi ini sos tomato spaghetti jenama Prego.


Dari apa yang aku dapat info, ada seorang hamba Allah ni beli sos tomato Prego kerana salah seorang anaknya nak makan spaghetti. Memang makanan ni favorite anak dia. Bila semua bahan pun da cukup, dia pun masak lah. Then masa makan tu anak dia yang paling kecil rasanya bertanya daging kecil apa yang terasa masin-masin sikit. Si abang kepada anak dia yang paling kecil tu pulak bukan main berselera makan, habis 2 pinggan, sedap katanya. Hamba Allah ni pulak cuma makan sepinggan kecil sekadar nak rasa.

Nak dijadikan cerita, masa anak dia bertanya tu, dia dah mula rasa tak sedap hati sebab selalunya sos spaghetti biasanya tomato dan kadang-kadang ada mushrooms, tapi ini lain sedikit. Hamba Allah ni pun bergegas la ke dapur, capai tin sos spaghetti tadi yang diberi nama Italian Souce for Spaghetti made in USA. Ligat mata hamba Allah ni baca label dan tiba-tiba terlihat INGREDIENTS : tomato, bla...bla...bla...,pork minced meat!. Ya! Daging babi, yang dah termakan semuanya terkejut. Cuma 2 orang anaknya yang lain tidak makan dengan alasan nak diet dan cuma memakan nasi.

Kemudian, hamba Allah ni cepat-cepat buang kuah spaghetti sekali dengan kuali. Yang dah makan tu terludah-ludah menyesal tak sudah. Selalunya sos tomato manalah yang ada daging babi ni.

Kata orang-orang tua mimpi makan daging babi nak dapat rezeki, tapi kalau makan bukan dalam mimpi macam mana?. 40 hari doa tak dikabulkan Allah SWT sekiranya memakan benda-benda haram.



*********************
Moral of the story : Kita sepatutnya sebelum memakan apa-apa benda pun perlulah membaca label nya dulu. Lebih baik kalau kita baca label dulu masa nak beli apa-apa benda pun.


P/s : Aku hanya menyampaikan apa yang diinfokan, kalau aku ditipu, maknanya entri ni pun tipu. Yang baik itu dari Allah, yang buruk tu dari aku...

Wallahualam...

Selamat Berbuka!!



7 comments:

azue said...

b0ikot prego!
Haha

Jun said...

pork mincet meat... mcm sedap ja.. haha..

forevershashasha said...

erk..aku penah beli..
tp xpenah tgk label..huhu

Ezal R said...

adik aku pun penah beli.. tp xde pun la yg masin-masin tu..
just sos semata2.. lepas ni nk mkn kena ati2 la.. tgk dulu label..huhu
seram...

Ezal R said...

boikot ek? bley2..hehe...

karet said...

serious? aku selalu beli tp sos tomato kosong jer... huhuhu... kena berhati-hati ar lps ni...

Syikin Yajid said...

betul tu, klu dah tahu nak guna jgk sos prego boleh jer, beli yg dlm tin keluaran malaysia yg bertanda halal, insyallah sama2 kita beringat kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...