Sunday, August 29, 2010

Malaysia 53rd Independence Day!!


Lagi 2 hari kita akan menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 53, jadi dengan ini aku nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada seluruh warga Malaysia.

Sejak akhir-akhir ini, terdapat banyak percubaan untuk menjatuhkan daulat negara dengan membakar, memijak serta melaungkan Ganyang Malaysia... aku rasa semua mesti tahukan apa dan siapa yang aku maksudkan? Kita sebagai warga Malaysia, berdiam diri tidak bermaksud kita tidak patriotik seperti andaian sesetengah pihak kerana kita mempunyai keintelektualan yang tinggi dan kita tahu apa yang perlu dibuat dan tidak terburu-buru dengan membuat demonstrasi seperti sesetengah rakyat negara tersebut.

Mereka hanya tahu membuat demostrasi tetapi tidak tahu untuk bersikap matang dengan cuba menyelesaikan masalah yang mungkin timbul secara berbincang atau demokrasi....

Apa-apa pun kita sebagai warga Malaysia perlu bangga dengan negara kita dan sama-sama memajukan dan mempertahankan kedaulatan malaysia..cuma kali ini, sambutan kemerdekaan kurang terasa seperti tahun-tahun sebelum ini? mengapa? adakah kerana kerana sekarang ini bulan Ramadhan? sepatutnya ini tidak berlaku... tidak kira apa pun keadaan, kemerdekaan Malaysia perlu disambut dengan meriah tetapi perlu lah di terapkan dengan nilai-nilai ketimuran...

Sekali lagi di ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 53..

p/s : I'm Proud to be Malaysian!! MySpace

5 comments:

AzuE said...

Merdeka!!
Merdeka!!

Ezal R said...

laung merdeka 2 kali jer?

AzuE said...

haish...
jnji laung...
hahaha

forevershashasha said...
This comment has been removed by the author.
Ezal R said...

hahhaa.... siap state kn nama ag.. tuk pe tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...