BIASANYA kita dihidangkan dengan makanan segera yang mana syarikatnya berpengkalan di Amerika Syarikat atau negara Barat.
Kini membawakan versi baru, Restoran Yummy yang mula bertapak di Esfahan, Iran menemui penggemar makanan segera tempatan dengan cita rasa tersendiri.
Diusahakan oleh ahli perniagaan berjaya, Siamak Rezvan, yang mendapat pendidikan di negara Uncle Smiths, Yummy mula menjengah pasaran negaranya pada penghujung 2006 dengan nama Sogol Restaurant.
Bermula dengan sebuah restoran, perubahan gaya hidup masyarakat negara itu turut mengubah tabiat pemakanan hingga jenama itu berkembang menjadi 11 cawangan seluruh Iran.
Sebagai langkah membawa perniagaannya ke peringkat antarabangsa, Siamak memilih Kuala Lumpur sebagai permulaan kerana yakin dengan pasaran negara ini. Beliau berkerjasama dengan Shahara Saabah, seorang usahawan tempatan di samping seorang lagi rakan kongsi, Mahmoudi Mohammad.
“Majoriti penduduk negara ini beragama Islam dan tentulah mereka mahukan hidangan yang halal. Kewujudan Yummy memberi peluang mereka menikmati makanan Barat tanpa was-was dengan kelainan cita rasa yang tersendiri,” katanya.
Antara taruhan Yummy adalah burger ayam, burger ikan, filet ikan, set sarapan pagi, burger keju, burger daging istimewa, ayam goreng rangup dan banyak lagi.
Turut didatangkan dalam saiz besar, double cheese burger, double beef burger dan beberapa set lengkap pastinya memudahkan waktu makan utama anda.
Cuba rasa aiskrim Yummy yang sangat lazat. Didatangkan bersama manisan beri biru, strawberi, mangga dan pic yang memikat, pastinya ia menjadi antara desert yang paling diminati.
Turut disediakan pelbagai jenis minuman berkarbonat, kopi, teh dan juga coklat.
-Utusan Malaysia
Terasa macam nak cuba jer semua makanan-makanan ni, huuu... Lapar la T_T
Ehem! serius-serius,..kepada orang yang suka mencuba makanan (macam aku ni), bolehlah mencuba...
Orait, makanan segera ini adalah dari orang Islam sendiri, so, kita dah tak perlu nak was-was dengan product yang dihasilkan. Bak kata pemilik restoran segera ini;
“Majoriti penduduk negara ini beragama Islam dan tentulah mereka mahukan hidangan yang halal. Kewujudan Yummy memberi peluang mereka menikmati makanan Barat tanpa was-was dengan kelainan cita rasa yang tersendiri,”
Lets go and try !! =)
3 comments:
kenapa name restoran tu macam nama hamster saye?
pe je isi die 2??
laen mcm je tgk..
ntah.. diberi nama macam tu.. sedap sedap kot..
hurm? isi die ek? xsure sangat, kne pegi n cuba apa resepi yang dia guna..hehe
Post a Comment