Sunday, October 17, 2010

Memang Power lah Pak Cik


Tiga lelaki menaiki helikopter. Seorang daripada mereka mamberitahu juruterbang,"Saya ada sebiji botol kaca, apa saya nak buat dengan botol kaca ni?". Jawab juruterbang,"Baling saja keluar!". Setelah lelaki itu membanling botolnya keluar, lelaki kedua pula bertanya, " Saya pun ada sebiji botol. Apa saya nak buat dengan botol ni?" . Jawab juruterbang lagi, "Buang saja ke luar". Lelaki kedua pun membuang botolnya tiba-tiba lelaki ketiga pula bertanya," Saya ada sebiji bom, apa saya nk buat dengan bom ni?". Seperti biasa juruterbang menjawab, "Buang saja keluar!".

Apabila helikopter mereka mendarat, mereka pun berjalan-jalan di bandar. Tiba-tiba mereka ternampak seorang pemuda sedang memegang kepala sambil mengerang kesakitan. Apabila ditanya kenapa, pemuda itu memberitahu,"...ada sebiji botol tiba-tiba jatuh atas kepala saya. Aduuuhhh..!!".

Kemudian mereka ternampak pula seorang mak cik, juga sedang menahan kesakitan kerana kepalanya juga ditimpa sebiji botol yang jatuh dari langit. Setelah beberapa ketika, mereka terserempak pula dengan seorang tua. Anehnya lelaki tua itu ketawa berdekah-dekah dan mereka bertanya,"Kenapa pak cik ketawa sorang-sorang?".

Jawab lelaki tua itu, dia pergi ke kedai mamak dan memakan lima biji telur rebus. Tiba-tiba perutnya memulas. Lalu lelaki tua itu pergi ke belakang sebuah bangunan dan BOOOM!! melepaskan angin dengan begitu kuat sekali!. "Tapi kamu semua nak tahu? Lepas pak cik kentut, bangunan tu terus je meletup. Kah Kah Kah....". Lelaki tua itu terus ketawa berdekah-dekah sambil mereka terdiam melihat gelagat pak cik tua itu.

~Tamat~


Moral of the story:

1. Jangan membuang sampah merata-rata dan sesuka hati.
2. Jangan memakan telur rebus dengan jumlah yang terlalu banyak.
3. Jika hendak kentut, kentutlah secara rahsia dan di tempat yang tersembunyi.
4. Jangan membuang bom merata-rata tempat....hahaha

credit to this blog

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...