Thursday, October 28, 2010

Misteri Tahun 1928

Aku agak tertarik dengan misteri ni, betol ke telefon bimbit dah wujud pada tahun 1928? Kalau wujud pn, kita sedia maklum tentang telefon bimbit masa dulu besar-besar macam dalam filem lama-lama? tapi yang peliknya,dalam gambar ni, saiz telefon bimbit tu kecik. Disini timbul persoalan, wanita itu berpenyakitkah?(schizophrenia) Atau wanita tu cuma tengah menggaru kepala sambil bercakap sorang-sorang? atau tengah cuba menutup muka dari dirakam kamera dan sedang membebel seorang diri? atau wanita itu tidak betol? dan mungkin juga itu cuma lakonan semata-mata untuk mencari publisiti tetapi tidak disedari penonton sehinggalah hari ini? terlalu banyak persoalan...


Apa pendapat korang? cuba baca petikan ni,
"Satu-satunya teori saya ialah wanita tersebut merupakan seorang pengembara masa yang menggunakan telefon bimbit,"kata Clark.
Sangat-sangat tidak mugkin kejadian seperti ini wujud, kalau betol pun dia membuat panggilan telefon, masa itu boleh ke nk hubungi orang dengan merentas zaman? pencawang sudah banyak ke? setelit pula bagaimana?


Misteri imej wanita guna telefon bimbit pada 1928


IMEJ dalam filem The Circus tahun 1928 menunjukkan seorang wanita (dalam petak) seolah-olah sedang bercakap dengan menggunakan telefon bimbit.

LONDON - Imej seorang wanita misteri dalam filem The Circus lakonan pelawak terkenal, mendiang Charlie Chaplin pada tahun 1928 mencetuskan misteri apabila dia dilihat berbual dengan menggunakan sebuah telefon bimbit bersaiz kecil di telinganya, lapor sebuah akhbar semalam.

Mungkinkah dia seorang yang genius yang sedang menguji teknologi baru secara rahsia sehingga dia tidak menyangka gelagatnya yang sedang berbual seorang diri dengan tangannya seperti memegang satu alat seperti telefon bimbit telah dirakamkan oleh kamera filem berkenaan.

Dalam imej itu, tiada sesiapa pun yang berada berhampiran dengannya melainkan seorang lelaki berpakaian sut yang berjalan di depannya.

Lebih menghairankan, lenggok tubuhnya ketika bercakap seorang diri kelihatan sama dengan gaya orang yang berbual menggunakan telefon bimbit.

Penemuan itu dikesan oleh pemilik koleksi filem lama, George Clark.

Sejak penemuan itu, dia menunjukkan filem tersebut kepada lebih 100 orang namun tiada siapa yang dapat memberikannya penerangan yang meyakinkan berhubung gelagat wanita berkenaan.

Ada yang berpendapat wanita itu mendengar sebuah radio kecil.

Individu lain berpendapat wanita itu menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit schizophrenia.

"Satu-satunya teori saya ialah wanita tersebut merupakan seorang pengembara masa yang menggunakan telefon bimbit," kata Clark yang turut meletakkan klip video tersebut di laman perkongsian video, YouTube.

Dalam laman YouTube itu, terdapat adegan gerak perlahan yang menunjukkan wanita itu seperti sedang bercakap menggunakan telefon bimbit semasa dia berjalan dan berhenti pada satu ketika. - Agensi

Petikan Kosmo!



p/s : Kita cuma boleh tunggu dan lihat sahaja hasil kajian atau pemeriksaan yang akan dilakukan oleh orang-orang yang berminat.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...