Monday, November 08, 2010

Bola Sepak Sukan Asia


Malaysia mengorak langkah kanan dalam perlawanan pertama Kumpulan A bola sepak Sukan Asia XVI dengan menewaskan Kyrgyzstan 2-1 di Stadium Huadu, Guangzhou, China, petang tadi.

S. Chanturu menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-60 selepas jaringan awal Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-27 disamakan pemain lawan, Sydykov, 10 minit kemudian.

Malaysia akan menentang Jepun dalam perlawanan kedua di gelanggang sama pada pukul 4 petang Rabu ini. -- Utusan


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...