Tuesday, November 02, 2010

Demonstrasi Di Pulau Pinang


GEORGE TOWN: Lebih 100 individu mengadakan demonstrasi di depan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini bagi membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang yang mereka anggap sebagai "diktator".

Mereka terdiri penduduk Kampung Genting di Balik Pulau, yang tanah mereka dilaporkan diambil untuk pembinaan sebuah universiti swasta, serta ahli Dewan Perniagaan Komtar (KMA), yang tidak dibenarkan berniaga di tingkat tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.
Turut menyertai bantahan itu ialah ahli Parti Cinta Malaysia (PCM).

Ketua Pemuda UMNO Balik Pulau, Aziaan Arifin, yang juga wakil penduduk Kampung Genting, berkata kedatangan mereka adalah untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung pengambilan hampir 40 hektar tanah milik 29 penduduk kampung itu.

"Saya tidak dibenarkan bertemu Guan Eng sebaliknya hanya diminta menyerahkan memorandum itu kepada setiausaha politiknya, Ng Wei Aik," katanya kepada pemberita.

Aziaan berkata, semua pemilik tanah sepakat tidak mahu menyerahkan tanah mereka kerana tindakan kerajaan negeri tidak telus dan tiada perbincangan diadakan dengan mereka.

Demonstrasi yang bermula pada jam 10.30 pagi itu berlangsung selama satu jam sebelum disuraikan oleh polis.
Beberapa penduduk memanjat pagar bangunan DUN itu manakala seorang daripada mereka mengunci badannya menggunakan rantai pada pagar selepas gagal bertemu dengan ketua menteri.

Seorang lelaki berusia 30-an ditahan kerana enggan mematuhi arahan supaya beredar dari kawasan itu.

Naib Pengerusi KMA, Mohamed Ghani Abdul Jiman, berkata seramai 18 peniaga kecil di tingkat tiga Komtar nekad meneruskan perniagaan kerana itu sajalah sumber pendapatan mereka.

Ketua Pasukan Tindakan Khas PCM, Tham Weng Fatt pula berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang suka menindas rakyat dengan menaikkan kadar tarif air dan mengutip bayaran tempat meletak kereta sehingga tengah malam.

Sementara itu, usaha Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Norman Zahalan, untuk memulangkan kepada kerajaan negeri wang ihsan berjumlah RM20,000 yang diterima daripada warga emas yang enggan mengambilnya kerana mendakwa ia daripada punca perjudian, tidak berhasil kerana kerajaan negeri enggan menerimanya.

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa kerajaan negeri hanya menerimanya selepas semua warga emas terbabit mengisi borang yang disediakan di Pejabat Daerah bagi membatalkan penerimaan wang ihsan itu. - Berita Harian

p/s: aku tak pernah dengar Parti Cinta Malaysia.


3 comments:

Ryoki said...

aik?? mcm mn lak 200? 168+31=199

Ryoki said...

aik?? dh edit??

Aida Tamrim said...

Haaaiiii....mcm2 kalo sentuh pasal POLITIK ni...Buat penin kadang2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...