Tuesday, November 09, 2010

Keadaan Banjir Di Kedah

Keadaan banjir di Kedah beransur pulih dengan jumlah mangsa yang dipindahkan menurun kepada 28,208 orang daripada 6,874 keluarga yang masih berada di 70 pusat pemindahan banjir.

Tiga daerah yang dilanda banjir menunjukkan jumlah penurunan iaitu daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena manakala daerah Pendang keadaan tidak berubah.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN)berkata, jumlah mangsa banjir di daerah Kota Setar menurun kepada 20,438 orang melibatkan 4,928 keluarga berbanding 21,116 orang petang semalam manakala di daerah Kubang Pasu seramai 6,550 orang daripada 1,747 keluarga masih berada di pusat pemindahan dan mangsa banjir di Pokok Sena sehingga pukul 8 pagi ini ialah seramai 978 orang melibatkan 137 keluarga.

Bilangan mangsa banjir di daerah Pendang tidak berubah iaitu seramai 242 orang dipindahkan ke pusat pemindahan melibatkan 62 keluarga.

Jurucakap itu berkata, pusat pemindahan banjir yang masih dibuka di daerah Kota Setar ialah 44 buah, di Kubang Pasu sebanyak 23 dan di Pokok Sena sebanyak dua pusat manakala di Pendang satu pusat pemindahan. - Utusan

1 comment:

Pemilik Raksa Hati said...

tanx 4 de info..
nseb bek kulim xbnjir..
my kezen's weddin diz weekend..
huhu!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...