Wednesday, November 03, 2010

Nombor Telefon Selular 3 + 8

CYBERJAYA 2 Nov. – Malaysia akan melancarkan nombor telefon selular dengan format baru, 3+8 pada 15 Disember ini. Ia akan bermula dengan awalan 011 dan diikuti lapan digit nombor contohnya, 011- 1XXX XXXX.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataannya di sini berkata, setelah mengambil kira jumlah nombor telefon selular sedia ada dengan format 3 + 7, sudah tidak mampu menampung permintaan industri pada masa hadapan.

Ia juga hasil daripada peningkatan bilangan pembekal perkhidmatan rangkaian selular dan potensi kepelbagaian perkhidmatan ekoran daripada perkembangan teknologi komunikasi.

Ketua Pegawai Kawal Selia dan Pengawasan SKMM, Datuk Jailani Johari berkata, pelaksanaan ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut keperluan.

“Kami akan memaklumkan semua pihak yang terlibat berhubung keputusan migrasi nombor telefon selular kepada 8 digit,” katanya.

Katanya, SKMM telah menubuhkan satu kumpulan kerja yang turut dianggotai oleh pihak industri bagi mengenalpasti isu-isu yang berkaitan dengan pelan perlaksanaan tersebut.

Ia juga membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mempercepatkan proses perlaksanaannya kerana melibatkan impak yang besar kepada semua pengusaha perkhidmatan telekomunikasi dan juga pengguna.-Utusan Malaysia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...