Mesti ramai yang berazam nak mengurangkan berat badan ataupun menguruskan badan kan? Terutama kepada kaum wanita, berat badan adalah perkara yang amat sensitif dan menjadi salah satu isu utama yang sering bermain didalam fikiran. Pasti kita semua tahu bahawa nak mengurangkan berat badan ke tahap ideal bukanlah sesuatu yang mudah.
Kita memerlukan komitmen yang kental untuk merealisasikannya. Beri ruang dan masa pada diri kita serta janganlah mudah berputus asa. Tiada yang mustahil!
Untuk pengetahuan, sebaik-baiknya kita perlu usahakannya secara semulajadi. Kita perlulah menggabungkan 2 aspek utama untuk mengurangkan berat badan seterusnya menguruskan iaitu melalui pemakanan yang seimbang dan senaman yang konsisten. Cubalah bertanya kepada sesiapa pun, pasti 2 aspek ini menjadi perkara yang amat penting untuk kurus secara semulajadi (bukan dengan ubat-ubatan yer).
Kita memerlukan komitmen yang kental untuk merealisasikannya. Beri ruang dan masa pada diri kita serta janganlah mudah berputus asa. Tiada yang mustahil!
Untuk pengetahuan, sebaik-baiknya kita perlu usahakannya secara semulajadi. Kita perlulah menggabungkan 2 aspek utama untuk mengurangkan berat badan seterusnya menguruskan iaitu melalui pemakanan yang seimbang dan senaman yang konsisten. Cubalah bertanya kepada sesiapa pun, pasti 2 aspek ini menjadi perkara yang amat penting untuk kurus secara semulajadi (bukan dengan ubat-ubatan yer).
Disini aku senaraikan beberapa tips untuk kurangkan berat badan.
1. Tetapkan matlamat dan yakin dengan diri sendiri.
2. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalorinya dan mempunyai nutrien yang tinggi. (boleh dilihat di setiap bungkusan makanan) dan kurangkan makan nasi.
3. Kurangkan pengambilan gula dan lebihkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah mempunyai banyak khasiat seperti entri sebelum ini disini.
4. Elakkan memakan lewat malam. Sebaik-baiknya makan sebelum pukul 8 malam kerana kadar metabolisma badan ketika malam adalah rendah. Ini menyebabkan makanan yang diambil tidak digunakan dengan sepenuhnya dan ditukarkan kepada lemak.
5. Banyakkan meminum air putih ( air masak / air kosong / air mineral ).
6. Tetapkan waktu makan untuk setiap hari. Sekiranya terlewat atau awal sedikit, tidak mengapa.
7. Minum air terlebih dahulu sebelum makan, seboleh-bolehnya 30 minit sebelum.
8. Bersenamlah sekurang-kurangnya 30 minit sehari atau 3 kali seminggu. (berjalan kaki pun satu senaman).
9. Pastikan badan mendapat rehat yang cukup. Tidur sekurang-kurangnya 6-8 jam.
10. Yakin akan diri anda dan jangan cepat berputus asa!
Disini aku senaraikan beberapa makanan beserta jumlah kalori yang aku jumpa.
Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori
Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori
Tinggi dan berat badan yang sesuai.
p/s: klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.
5 comments:
Mmmm...kena mula berdiet ni...Slur jeans smua dh ketat jeeeeewww...uhuk,uhuk
salam ezar..
thanks for sahring..
kadang2 terlepas pandang bab2 mkn nih
dah depan mata hilang segala amalan diet..
huhuhuhu....
harap tuan blog dapat mengamalkan tips ini..
sgt berguna..gudluck tuan belog.haha..
AdiaLuze,
Berdiet untuk sihat, itu yg terbaik
Nur Misnan,
lumrah manusia, nafsu makan.. kena kontrol sket..:)
mohd jun aka Wan KP
sama-samalah beramal yer..haha
emmm...makanan2 yg ader dlm list tu semua yg org suka, nmpknya kene kurangkan lah yer...selain leh kurus utk kesihatan gak ^-^
Post a Comment