Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk Malaysia dan Indonesia berentap dalam perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Bung Karno. Aku harap perlawanan kedua ni tak dicemari dengan insiden-insiden yang boleh mencacatkan perlawanan. Kepada penyokong Malaysia dan Indonesia, diharap semuanya dapat mengekalkan semangat kesukanan yang tinggi.
Kepada readers blog ini, korang sokong pasukan mana dan berapa score yang korang rasa akan terhasil malam ni?
Aku sah-sah la jadi penyokong Malaysia, bak kata orang "Tanah Tumpahnya Darah"..hahha. Malam ni aku rasa Malaysia akan sekali lagi menang tetapi mungkin jaringannya kurang dari perlawanan akhir pertama haritu. Mungkin 1-0 dan mugkin juga 2-1.
Jadi, kepada semua penyokong pasukan Malaysia, jom sama-sama malam ini kita bagi sokongan yang mantap (baca: walaupun tak dapat pergi Stadium Bung Karno).
HARIMAU MALAYA AKAN PATAHKAN SAYAP GARUDA!!
MALAYSIA BOLEH!!!
1 comment:
mudah-mudahan Malaysia menang lagi. 2-0 jadi lah. =)
Latest Entri :
Tumbang Di Tendang Kambing
Post a Comment