Tuesday, December 28, 2010

Indonesia Sukar Terima Kekalahan?

Malaysia Guna Dukun Untuk Menang 3-0?

SEOLAH-olah tidak dapat menerima kekalahan sulung pada kempen Piala Suzuki AFF kali ini, Indonesia berselindung di sebalik pelbagai alasan, termasuk sinaran laser dan bomoh. 
Sinaran laser dikatakan punca pemain Indonesia hilang tumpuan, tetapi selepas jurulatih Alfred Riedl mengumumkan faktor itu bukan penyebab kekalahan pasukan kendaliannya, media Indonesia mula mencari alasan lain. 
Akhbar NonStop, membuka pekung di dada Garuda apabila merujuk kepada bomoh terkenal Indonesia ketika membuat dakwaan Malaysia menggunakan dukun dalam laporannya, semalam.

“"Kekalahan pasukan kebangsaan Indonesia sudah diramalkan ahli paranormal, Andi S Chalin,” lapor NonStop dalam berita utamanya. Penulis buku Bahasa Setan Dalam Perilaku Manusia itu meramalkan Indonesia akan tewas 3-0 kepada Malaysia. 
“Daripada pemerhatian mata batin saya, saya nampak kita akan tewas 0-3. Kita tewas bukan kerana pemain lemah, tetapi kerana ada unsur-unsur jampi paranormal Malaysia,” kata Andi kepada NonStop menerusi sms tiga hari sebelum final di Bukit Jalil. 
Malah selepas perlawanan akhir pertama kelmarin, Andi sekali lagi menghubungi akhbar berkenaan dan mendakwa ada ahli perniagaan Malaysia mendapatkan khidmat bomoh dari Thailand, China dan India. -Berita Harian


p/s : come on la... sekarang ni zaman moden, sama-sama orang Islam, tak kan lah sukar terima kekalahan sampai boleh berfikir macam ni? fikir lah cara orang bertamadun...  dan perlu diingat, perlawanan kedua masih ada. Jangan cetek sangat pemikiran.. ok? media-media disana jangan lah terlalu membuat provokasi ok.. jangan berlebih sangat..

Apa-apa pun aku harap esok, skuad bola sepak kebangsaan kita dapat membawa pulang piala suzuki untuk kejohanan kali ini. Diharap juga mereka terus mempamerkan permainan yang terbaik seperti di Stadium Bukit Jalil.  MALAYSIA BOLEH!!!



3 comments:

monica said...

hahaha..sukahati saja mereka buat persoalan yang x logik.. :P

FadhDeela said...

amboii sedap jer diaorg kata kita guna Dukun..pemain kita main bertungkus lumus kot.. sedihnyer!!

jom singgah: Murah Rezeki Hari Ini

Ezal R said...

nth la.. dorang ni tak pk habis2 kot.. men blasah jer nk sebut..hahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...