OMAHA, Nebraska: Anak seorang detektif melepaskan tembakan di sekolah menengahnya di Nebraska, mencederakan pengetua dan pembantu pengetua serta mencetuskan panik di kalangan pelajar yang terpaksa bersembunyi di dapur kafeteria.
Pelajar bersenjata terbabit yang menghadiri sekolah berkenaan kurang dua bulan, meninggalkan tempat kejadian dan membunuh diri dengan menembak diri dalam keretanya kira-kira satu kilometer dari sekolah berkenaan.
Pihak berkuasa enggan membuat spekulasi mengapa suspek berusia 17 tahun itu yang dikenali sebagai Robert Butler Jr. mensasarkan pihak pentadbir.Butler berpindah pada November lalu dari sekolah menengah di Lincoln, kira-kira 80 kilometer dari Omaha.
Jessica Liberator, pelajar Millard South High School, berkata beliau berada di kafeteria apabila pesorang lagi pentadbir "berlari masuk dan memberitahu semua orang supaya pergi ke belakang dapur."
Katanya, beliau mula menangis apabila pelajar mendengar ketukan di pintu dapur dan pekerja kafeteria menjerit mengarah semua orang meniarap. Namun, tiada siapa yang masuk. - Berita Harian
p/s: AS merupakan salah satu negara yang agak berbahaya kerana mudahnya mendapatkan senjata api dan ia boleh disalahgunakan oleh sesetengah pihak. Budak-budak yang mudah untuk tidak berfikir panjang akan cenderung melakukan jenayah macam ni. Setiap tahun, mesti ada kes macam ni.
No comments:
Post a Comment