Friday, January 07, 2011

Lagi Manusia Tidak Berhati Perut

KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg pakaian di tepi jalan di KM7, Lebuhraya SILK dekat Semenyih hari ini. 

Turut ditinggalkan bersama bayi cukup sifat itu di dalam beg berkenaan ialah kain dan lampin pakai buang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Azman Ayob, ketika dihubungi hari ini berkata, bayi itu ditemui seorang peronda lebuh raya berkenaan kira-kira jam 9.50 pagi.
"Peronda itu yang sedang bertugas pada mulanya ternampak sebuah beg berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan dan bertindak mendekati beg itu sebelum terdengar tangisan bayi. 

"Beliau kemudiannya membuka beg itu dan menemui seorang bayi perempuan di dalamnya, lalu menghubungi polis," katanya. 

Beliau berkata, bayi berkenaan dipercayai baru dibuang di lokasi itu dan berdasarkan keadaan tali pusatnya, bayi itu dipercayai baru dilahirkan kira-kira tiga hari lalu. 

"Bayi itu dibawa ke Hopital Kajang untuk pemeriksaan dan polis kini mengesan individu yang bertanggungjawab," katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. - Berita Harian




p/s: Sanggup buang bayi yang tidak berdosa, cuba kita fikir, kalau bayi itu adalah kita. kita nak ke di buang-buang macam tu? 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...