Sunday, January 09, 2011

Pak Cik Jan Gila Seks

Ape punya orang tua lah ni? Dah tua-tua masih tak sedar diri dan masih nak buat perkara-perkara terkutuk macam ni? Come on la.. budak lagi kot mangsa. Masih tak tahu apa-apa.. nak gelapkan masa depan budak yang tak bersalah tu ke? Teruk betol!!!


Jom baca sini.

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun kini trauma selepas menjadi mangsa lelaki gila seks berusia 53 tahun yang bertindak mencabulnya sejak dua tahun lalu ketika berada di sebuah tadika di Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor.

Bagaimanapun, perbuatan terkutuk suspek digelar mangsa ‘Pakcik Jan’ yang juga pembantu tadika berkenaan hanya didedahkan mangsa kepada bapanya Selasa lalu.
Difahamkan, suspek yang juga bekas ketua kampung itu, menjadi pembantu tadika milik isterinya yang dibuka sejak 10 tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy, ketika mengesahkan perkara itu berkata, bapa mangsa, membuat laporan polis untuk tindakan segera.

“Berdasarkan keterangan bapa mangsa, anaknya mendakwa sering dicabul dengan memegang dan mencium kemaluannya” katanya. - Berita Harian

3 comments:

saya_arief said...

haiwan.

momochan said...

lelaki tua tak guna ! grrrr

Ezal R said...

kanak-kanak yang tak tahu apa2 jadi mangsa.. memang hampeh pak cik tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...