Thursday, January 20, 2011

Pelik : Elton John Tidak Akan Manjakan Anak.

Mesti semua tertanya-tanya kenapa title aku kali ni aku letak dalam kategori pelik kan? Sepatutnya lumrah lah kan kalau seorang bapa or ibu membuat statement seperti title aku ni. Tapi apa yang peliknya adalah, kedua-dua mereka adalah lelaki, berkahwin dengan jenis pasangan yang sama dan sudah tentulah kedua-duanya tak dapat mengandung sebab tak ada rahim . LOL...

Nak dapat anak pun mensti ada perempuan atau wanita. Perkara WAJIB tu. Tanpa wanita, dan hanya lelaki dalam sesebuah keluarga yang dibina atas faktor ciri-ciri GAY, jumlah manusia di muka bumi ni tak akan berkembang. tak ada zuriat yang dapat dihasilkan. Dari sini jelas kita nampak, perkahwinan antara lelaki dan perempuan itu mempunyai maksud yang tersurat serta juga yang tersirat.

Ciptaan tuhan cukup sempurna. Setiap orang ada pasangan masing-masing tapi BERLAINAN JENIS. 
Apa dah nak jadi dengan dunia sekarang ni? aku pun tak dapat nk jawab... senang kata, dunia dah nk kiamat.

Jom baca petikan dari berita harian dibawah ni.


LOS ANGELES: Penyanyi terkenal Britain Sir Elton John berkata pengalamannya menjadi ayah buat kali pertama adalah sesuatu yang hebat, namun berjanji tidak akan memanjakan anaknya. 

Anak lelaki itu, Zachary Jackson Levon Furnish-John tidak dipastikan sama ada hasil sumbangan sperma John atau pasangan gaynya David Furnish, dilahirkan pada hari Krismas lalu di sebuah hospital Los Angeles menggunakan khidmat ibu tumpang yang namanya tidak didedahkan.


Majalah Us Weekly edisi terbaru yang menyiarkan gambar John bersama David dan Zachary di muka hadapan juga melaporkan bahawa mereka tidak mengetahui siapa bapa kandung bayi itu kerana kedua-duanya sama-sama menyumbang sperma mereka


John, 63, berkata dia sangat terharu ketika mendukung Zachary buat kali pertama. 

“Saya tidak pernah begitu gembira dalam hidup saya. Saya tergamam. Apa yang boleh saya katakan. Saya boleh mendengar denyutan jantungnya,” katanya kepada majalah berkenaan. 

Bagaimanapun penyanyi itu berkata dia tidak akan terlalu memanjakan anaknya. 
“Saya bersedia untuk mempunyai anak dan memanjakannya dengan kasih sayang. Saya akan sentiasa berada bersamanya dan memberi nasihat. 
“Kami akan memberi kemewahan kasih sayang, membawanya menyaksikan perlawanan bola sepak. Saya mahu mempunyai seseorang yang saya boleh sayangi sehingga ke usia tua dan menjaga hidup saya hingga saya meninggal dunia,” katanya. 

Furnish, 48, pula berkata dia dan John dibesarkan dengan nilai ‘golongan pekerja’ yang mengutamakan disiplin dan sikap yang baik. – Berita Harian


p/s: aku ada kemusykilan, anak dorang nanti nak panggil apa kt diorang, dua-dua daddy ke? ke salah seorang nk di panggil mummy?..pe perasaan anak dorang bila da besar nanti ek? kesian-kesian

wallahualam

2 comments:

Anonymous said...

hahahah.. macam2 dah berlaku..

yatie's EPISODE said...

yale2..sian anak tuu... ni keluarga 69 nih.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...