Wednesday, January 19, 2011

Selamat Menyambut Thaipusam




Rakyat Malaysia hendaklah terus menghargai dan memupuk keunikan dan kekaguman kepelbagaian budaya negara, dalam semangat sebenar 1Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perayaan Thaipusam di Malaysia telah menjadi satu acara antarabangsa, seperti yang diperhatikannya semasa beliau melawat perayaan berkenaan di Batu Caves tahun lepas.

"Penganut Hindu dari luar negara serta pelancong datang ke sini untuk menghargai kekaguman kepelbagaian budaya kita dan keterbukaan di mana banyak kepercayaan yang berlainan dizahirkan dan diamalkan.

"Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti terus menghargai dan menanamkan keunikan kekuatan ini dalam semangat sebenar 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,” katanya ketika mengucapkan Selamat Menyambut Thaipusam kepada rakyat Malaysia yang beragama Hindu dalam blognya www.1malaysia.com.my di sini hari ini. - Utusan


p/s: kita patut pertahankan nilai-nilai ini dan semoga malaysia aman dan maju.. amin..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...