Bermacam-macam cara dilakukan oleh pencuri semata-mata untuk mendapatkan apa yang ingin dimiliki.
FLORIDA: Seorang wanita kini ditahan pihak berkuasa kelmarin dan dituduh mencuri selepas dikesan mengambil sepasang kasut dan menyembunyikan kasut terbabit di bawah payudaranya.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan wanita terbabit dibantu seorang lelaki dipercayai teman lelakinya mencuri beberapa barangan di sebuah pasar raya, lapor akhbar, kelmarin.Lelaki berkenaan yang turut menghadapi tuduhan sama, mengambil barangan curi dan memberinya kepada wanita terbabit termasuk kasut manakala benda lain dimasukkan dalam beg tangannya.
Lelaki terbabit didapati mencuri barangan bernilai AS$17.99 (RM58) manakala pasangannya pula dilaporkan mengambil barang berharga AS$159.88 (RM511).
Pasangan pencuri itu ditahan di luar pasar raya berkenaan dan barangan curi itu dirampas selepas pemeriksaan dilakukan ke atas mereka.
Di PATTAYA, seorang lelaki ditangkap dalam satu lagi kes membabitkan perbuatan mencuri kasut.
Pengurus sebuah kedai kasut memberitahu polis, suspek mencuba sepasang kasut dan terus berlari keluar tetapi berjaya dikejar dan ditahan sebelum memaklumkannya kepada polis.
Anggota polis yang tiba mendapati suspek dikawal kakitangan kedai dan memulangkan barangan curi itu iaitu kasut jenama Puma bernilai 3,500 baht (RM359).
Suspek diberitahu, dia perlu membayar harga itu jika mahukan kasut berkenaan tetapi terus mendakwa tidak ada wang serta hanya mahu mencubanya ketika mencari kasut baru menjelang tahun baru 2011. – Berita Harian
No comments:
Post a Comment