Sunday, January 09, 2011

Sikap Realistik Diperlukan Oleh Penyokong Liverpool


LONDON: Kembali sebagai pengurus Liverpool selepas 20 tahun, Kenny Dalglish menggesa penyokong lebih realistik dan tidak mengharapkan kepulangan beliau akan segera menghilangkan kesuraman di Anfield. 

Dalglish dilatik sebagai pengurus sehingga akhir musim ini oleh pemilik Liverpool dari Amerika Syarikat selepas khidmat Roy Hodgson selama enam bulan ditamatan.
John Henry yang juga pemilik Boston Red Sox, kembali kepada pengurus berusia 59 tahun yang memberikan Liverpool kejuaraan liga ke-18 dan terakhir pada 1990 dan masih disayangi penyokong, untuk mengubah nasib kelabnya.
Namun, Liverpool yang hanya empat mata di atas zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris dan bintang seperti Fernando Torres masih mencari rentak, Dalglish mengingatkan penyokong bahawa tiada jalan pintas untuk mengembalikan kegemilangan. 

“Kita tidak akan sentiasa berjaya dan realitinya kita perlu berkata: 'Biar kita bertatih sebelum berlari'. Jangan kita menjadi gila dengan fikir bahawa musim ini akan berubah dan kita akan merangkul segalanya dan tidak akan kalah dari sekarang hingga akhir musim," katanya dalam laman web Liverpool. 

Dalglish yang memenangi lapan gelaran liga sebagai pemain dan pengurus dari 1977 hingga 1990, kecewa apabila tidak terpilih untuk jawatan itu apabila Hodgson dilantik menggantikan Rafa Benitez. 

Namun, penyokong Liverpool melaungkan nama Dalglish sejak akhir-akhir ini selepas tidak lagi yakin dengan Hodgson. -Berita Harian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...