Friday, January 21, 2011

South Sudan Adalah Negara Terbaru Di Dunia

Bendera Sudan Selatan

Selatan Sudan memenangi majoriti yang diperlukan untuk menjadi negara terbaru di dunia selepas keputusan pungutan suara di 60 peratus kawasan diisytiharkan semalam. 

Beberapa wilayah di 10 negeri termasuk yang paling popular, Jonglei mula mengira undian mereka selepas kertas undian dan keputusan dibawa dari pusat undian.


Bagaimanapun angka yang diperoleh AFP dari pegawai undian negara dan negeri di seluruh selatan menunjukkan 2,224,857 undian mahu kawasan penduduk Kristian, Afrika itu dipisahkan daripada kawasan penduduk Islam, Arab di utara Sudan.


Ia melebihi majoriti mudah sebanyak 1.89 juta undi yang diperlukan daripada sejumlah 96 peratus pengundi daripada 3,932,588 pengundi berdaftar yang keluar mengundi. 




Di Lakes, bandar Rumberk yang menyaksikan ibu pejabat pemisah ketika perang sivil 1983-2005 dengan sejumlah 298,216 daripada 300,444 pengundi memilih kemerdekaan dari Sudan, lebih 99.9 peratus. 

Hanya 227 memilih untuk tidak merdeka, kurang satu per sepuluh dari satu peratus dengan keseimbangan membuatkan undi tidak sah atau kosong. 

Di Central Equatoria termasuk ibu kota Juba dan menjadi negeri di selatan dengan jumlah penduduk kedua paling ramai, 449,321, 98.2 peratus daripada 457,452 pengundi memilih kemerdekaan. 
Di Juba yang bakal menjadi ibu kota terbaru di dunia, sorakan dan tepukan kedengaran sebaik saja ketua jawatankuasa kecil pungutan suara, Timon Wani mengumumkan majoriti 97.5 peratus undian. 

“Ini adalah satu keputusan besar,” kata Mohammed Lowala, yang menjadi antara orang ramai yang berkumpul. 

“Anda tidak akan mendapat satu keputusan lebih jelas yang selatan mahukan kemerdekaan,” katanya. 

“Penduduk Juba bersuara untuk kemerdekaan dan saya pasti bahawa seluruh selatan akan mengikutnya.” 

Pejabat dengan atap zink di tengah Juba yang menjadi pusat kiraan dipenuhi pegawai sejak awal pagi untuk memeriksa semula keputusan yang diserahkan di bawah pemantauan pemantau. 

Keputusan sepenuhnya akan diketahui bulan depan berikutan ia perlu diteliti di peringkat serantau dan ditambah kepada penduduk selatan yang mengundi di lapan negeri utara yang didiami mereka. – Berita Harian









p/s: ni salah satu contoh kepada konflik yang tak sudah2... dah tak boleh bersatu..


wallahualam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...