Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22, mendakwa sikap jelik pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan rayuannya supaya menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan kelindan lori, Hanafi Mohd. Daud, 19, tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Dalam kejadian itu, Hanafi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Ahmad Rozlin cedera parah di tangan dan kaki kiri.
Lebih mengharukan apabila Ahmad Rozlin mendakwa dia dibiarkan terlantar selama lebih sejam di atas bahu jalan tanpa dipedulikan oleh orang ramai yang ghairah mengutip 43 tan beras tempatan pelbagai gred yang tumpah selepas kemalangan. Ketika itu dia dalam perjalanan ke Puchong, Selangor dari Perlis.- Kosmo
p/s: Sanggup dorang ni( pencuri beras) biarkan mangsa macam tu? memang tak berhati perut.. kalau la dorang yang jadi mangsa, apa perasaan diorang ek?
aku rasa la kan, beras yang dorang ambil tu tak boleh makan sebab kita tak tahu samaada haram atau tidak. Apa hukumnya ek? Haram ke atau macamana?
Wallahualam
2 comments:
astaghfirullahalazim, sungguh memalukan skali mlihat bangsa sndri malah saudara seagama yg tergamak buat cmni..plu diingatkan bhawa mngambil hak org lain itu dikira mencuri dan mencuri itu adalam haram. sudahlah mencuri kmudian kalian membiarkan saudara yang mnderita dan kesakitan tanpa sebarang bantuan..sungguh zalim..sungguh mengaibkan..kalian lebih sng melihat mereka terseksa sedang kalian mencuri..nauzubillah..Allah itu MAHA MELIHAT lagi MAHA ADIL...kelak balasan dan azabnya..nantikan lah...
kpd mangsa..ana tumpang simpati dan mendoakan agar sejahtera buat kalian...insyaAllah..
for sure lah haram...
macam kes kutip duit baru ni...
Post a Comment