Saturday, March 26, 2011

Calvary Convention Center (CCC). Gereja Terbesar Di Asia

Sepatutnya aku rehat untuk seketika, tapi aku rasa macam tak puas, rasa macam ada yang tak kena. Mungkin aku ada something yang aku rasa perlu aku kongsikan. 
Ada tak sesiapa yang tahu apa itu Calvary Convention Center (CCC)? atau mungkin juga yang pernah mendengar Calvary Church? 


Okeh, mungkin ada sesetengah antara kita yang tak tahu tentang apa kejadahnya CCC ni, mungkin juga ramai sangat yang tak tahu (untuk tahu apa itu CCC, teruskan membaca), bagi sesiapa yang sudah tahu, harap perkara ini disampaikan kepada saudara Islam kita khususnya.

Actually, berita atau artikel tentang CCC ni dah lama aku baca tapi aku tak tahu kenapa hari ini aku rasa macam nak sangat kongsi.

Apakah itu CCC?


CCC adalah singkatan untuk nama sebuah kompleks yang sedang dibina di Bukit Jalil (di MALAYSIA) dan akan dijadikan pusat konvension untuk yang beragama Kristian (mazhab apa aku tak pasti) dan dibina sebagai tempat melaksanakan acara-acara holistik (ketuhanan). Apabila siap kelak, kompleks ini dikatakan akan menjadi gereja terbesar di Asia.

Kompleks gereja setinggi 6 tingkat yang sedang dibina di kawasan seluas 600,000 kaki persegi dan dibina oleh Nam Fatt Construction Sdn. Bhd, lengkap dengan pelbagai fasaliti dan dewan auditorium yang dijangka boleh memuatkan 5000 orang. Pelbagai aktiviti akan dianjurkan disini apabila siap kelak.
These activities include the hosting of international, regional and national conventions, banquets, seminars, musical and creative arts productions, as well as the provision of educational and vocational training, and spiritual development that aims to develop our nation’s young, and people of all ages and from all walks of life into useful and exemplary citizens of Malaysia.
Dari kenyataan diatas yang diambil dari laman web CCC, kita boleh lihat bahawa pelbagai aktiviti akan dilakukan disini, malah PENDIDIKAN juga akan diberikan, tapi timbul persoalan, pendidikan yang bagaimana?. adakah hanya disasarkan kepada penganut kristian semata-mata atau ada yang tersirat?


Untuk pengetahuan, papan tanda pembinaan gereja ini tertulis " Ada Harapan"," There is Hope". Apakah maksud tersirat papan tanda ini? Harapan untuk Malaysia? Harapan untuk generasi muda Malaysia atau apa?

Mungkin ada sesetengah orang atau pihak yang beranggapan bahawa perkara ini boleh dibiarkan saja kerana itu hak mereka untuk membina gereka sebesar manapun asalkan duit mereka sendiri. Terdapat juga kata-kata yang aku pernah baca pada komen blog lain bahawa umat Islam sebenarnya takut pada bayang-bayang sendiri kerana mengelabah tentang pembinaan komplek ini dan "...orang yang tak yakin pada agama je takut pada agama lain..".

Bagi aku, orang-orang seperti ini tidak memikirkan kesan jangka panjang kepada akidah umat Islam di Malaysia khususnya (anak-anak muda yang merupakan hampir 50 % dari penduduk Malaysia) dan jenis yang tak kesah apa yang akan berlaku pun cuma mereka hanya memikirkan tentang diri sendiri. Al-Quran telah mengingatkan kita bahawa musuh-musuh Islam akan sentiasa mencari peluang untuk membunuh dan memesongkan akidah umat Islam, seterusnya memusnahkan Islam sehingga hari kiamat tiba.

Oleh itu, kita sebagai umat Islam wajib membuat sesuatu. Mungkin kita tak boleh melakukan sesuatu yang besar sehingga menghentikan pembinaan komplek ini  tapi ada pelbagai cara lain yang boleh kita lakukan. Salah satunya dengan menyampaikan berita seperti ini supaya setiap umat Islam di Malaysia khususnya akan lebih berwaspada dengan taktik-taktik yang mungkin kita tak sedar untuk memesongkan akidah kita.

Sama-samalah kita berdoa semoga umat Islam dan agama Islam khususnya di Malaysia dilindungi dan dipelihara oleh Allah SWT. Amin....

wallahua'lam ~..

p/s : ada yang berkata perkara ini berkaitan dengan kalimah Allah yang ingin digunakan dalam Herald Catholic. Sama-samalah kita ingat mengingati..(sambung rehat dari blogging)

Laman web CCC ------> disini

Sharing Is Caring

7 comments:

kyo_9 said...

uish.. x pernah dgr plak pasal berita nih.. gud job bro~

FadhDeela said...

xpernah dengar pasal bnda nie..kat malaysia ke??ya allah ape nak jadi dah skrg nie..

Meh sini: Mari Melawat Kammmbing!

Sini jugak: Seksinyer dia tido!!

FadhDeela said...

xpernah dengar pasal bnda nie..kat malaysia ke??ya allah ape nak jadi dah skrg nie..

Meh sini: Mari Melawat Kammmbing!

Sini jugak: Seksinyer dia tido!!

@amabanzai said...

tak pernah pula dengar pasal ni.
tapi gila besar gereja tu, nak bina pun apahal kat malaysia. haizzz.

kalau gua ada kuasa untuk fire macam ultraman dah lama gua nak bom gereja tu


thanks bro for sharing.

nurmisnan said...

adusss... mcm stadium plak
lagi besar...
yg pelik
kenapa bila paderi menggonggong
tak plak kena tangkap

Khilafah islam beri ceramah
terus kena tangkap..
dunia penuh kepalsuan

CikSembang said...

pernah nampak kata masih ada harapan ni.."hebat" church ni..macam mana boleh lulus buat ni ye..lebih besar dari rumah Allah kat malaysia ni. apa nak jadi.. tak boleh berdiam sebenarnya kita
thanks atas info ini. harap kita dpt sebarkan utk menyelamatkan orang Islam

Anonymous said...

kenapa korang benci sgt dengan org kristian erk?nak bom la konon..apa salahnya gereja tu dibina?jangan fikir malaysia ni utk org islam saja.agama lain pun ada hak tau..kamu cuma fikir tentang akidah penganut islam tapi pernah kah korang fikir dengan akidah penganut agama org lain?kalau korang nak selamatkan akidah org muslim berilah didikan baik2..bukan nak hancurkan penganut agama lain.peace no war

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...