Sunday, March 06, 2011

Pelik : Heidi Klum Derma Seluar Dalam G-String

Satu tindakan yang tak senonoh pada pandangan aku...

Selebriti kadang kala berkelakuan ganjil, terbaru tindakan supermodel Heidi Klum menanggalkan seluar dalamnya dalam satu parti atas tujuan menderma. 



Dalam satu lagi kes, simbol seks Bollywood, Mallika Sherawat muncul terlalu awal dan terlepas pandang oleh media di anugerah Oscar selain dipulau pasangan terkenal Aishwarya Rai dan suaminya, Abhishek Bachchan.
Klum, 37, mengambil keputusan membuat satu sumbangan amat peribadi apabila wartawan The Tonight Show, Ross Matthews, memintanya untuk menyumbang sesuatu bagi selebriti di dalam begnya.

Selepas mencari di dalam beg dompet kecilnya, Klum tidak dapat mencari apa yang dikehendaki Matthews. 

“Saya tidak banyak membawa wang untuk diberi kepada anda,” katanya dalam parti tahunan Oscar Yayasan AIDS Sir Elton John. 

“Oh, anda boleh miliki seluar dalam saya. Tunggu, adakah anda mahu seluar dalam saya?” Bintang itu yang memakai gaun bergemerlapan ciptaan Julien MacDonald, segera menanggalkan seluar dalam G-string sebelum memasukkannya dalam beg. 
Matthews ketawa dan memberitahunya: “Jay (Leno, hos rancangan The Tonight Show) tentu menyukainya.” 
Sementara itu, aktres seksi, Mallika Sherawat, pelakon filem Hiss terlalu teruja untuk hadir dalam majlis Oscar sehingga sampai terlalu awal di Kodak Theater. 

Ia menyebabkan beliau tidak bertemu ramai paparazzi kerana semua orang menjangka tetamu Oscar sering lewat sejam daripada yang dijadualkan. – Berita harian

3 comments:

DuD said...

dorg tu kan mmg berada dlm golongan org2 yg xde akhlak..

Zyash said...

Tah hapehapentah diorg ne la... Petai di putet betul...huhu

Riz said...

apekah itu petai di putet? haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...